Thursday, October 22, 2009

FIKRAH HIZBUT TAHRIR : kaedah-kaedah syara'

Fikrah yang dijadikan landasan bagi Hizbut Tahrir telah merasuk dalam diri pengikutnya, yang selalu diusahakan agar menjadi bagian dari umat serta yang dijadikan sebagai perkara utama mereka adalah fikrah Islam, yaitu (berupa) akidah Islam serta seluruh ide yang lahir dari akidah, termasuk seluruh hukum yang dibangun di atas akidah tadi. Hizbut Tahrir telah mengadopsi dari fikrah Islam ini perkara-perkara yang diperlukan oleh sebuah partai politik yang bertujuan ingin mewujudkan Islam di tengah-tengah kehidupan masyarakat, yaitu dengan merasukkan Islam ke dalam sistem pemerintahan, hubungan (interaksi) antara masyarakat, dan di seluruh aspek kehidupan.
Hizb telah menjelaskan segala sesuatu yang diadopsinya itu secara terperinci dalam buku-buku dan selebaran-selebaran, disertai dengan keterangan dan dalil-dalil yang rinci untuk setiap hukum, pendapat, pemikiran atau persepsinya. Berikut ini adalah beberapa contoh -secara garis besar- tentang hukum, pemikiran, persepsi dan pendapat Hizbut Tahrir yang paling menonjol.

KAEDAH-KAEDAH SYARA

[اَلأَصْلُ فِيْ الأَفْعَالِ التَّقَيُّدُ بِالْحُكْمِ الشَّرْعِي]
Asal dari perbuatan (selalu) terikat dengan hukum syara

Jadi, tidak boleh mengerjakan sesuatu kecuali setelah mengetahui lebih dahulu hukumnya.

[وَاْلأَصْلُ فِيْ الأَشْيَاءِ الاِبَاحَةُ مَا لَمْ يَرِدْ دَلِيْلُ التَّحْرِيْمِ]
Asal (hukum) dari sesuatu (barang atau materi) adalah ibahah (boleh) selama belum ada dalil yang mengharamkannya

Seorang muslim secara syar’i diperintahkan untuk menyesuaikan seluruh perbuatannya dengan hukum syara berdasarkan firman-Nya:
]فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ[

Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. (TQS. an-Nisa [4]: 65)

]وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا[

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tingalkanlah. (TQS. al-Hasyr [59]: 7)

Hukum asal atas seorang muslim adalah terikat dengan hukum syara’. Definisi hukum adalah seruan (khithab) Syari’ (Allah Swt sebagai pembuat hukum-pen) yang terkait dengan perbuatan seorang hamba (manusia). Berdasarkan definisi tersebut maka segala sesuatu yang belum tercantum dalam seruan Allah Swt tidak dapat dianggap sebagai hukum syara’. Sementara itu setiap perbuatan atau segala sesuatu di dunia ini telah dijelaskan hukumnya oleh Allah Swt. Ini bisa dimengerti dari firman Allah Swt:
]الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ اْلإِسْلاَمَ دِينًا[

Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, telah Kucukupkan nikmatKu kepadamu dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu. (TQS al-Maidah [5]: 3)

]وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ[

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) yang berupa penjelasan terhadap segala sesuatu. (TQS an-Nahl [16]: 89)

Seruan Syari’ secara umum menjelaskan tentang bolehnya semua benda. Dan ibahah adalah salah satu hukum syara’, karena ibahah adalah perbuatan yang di dalamnya terdapat alternatif (pilihan dari Allah) untuk meninggalkan sesuatu atau untuk melaksanakan sesuatu, sesuai dengan firman Allah Swt:
]هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي اْلأَرْضِ جَمِيعًا[

Dialah Allah, yang menciptakan segala yang ada di bumi untuk kamu. (TQS al-Baqarah [2]: 29)

]وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ جَمِيعًا[

(Dan) Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya. (TQS al-Jatsiah [45]: 13)

Ini berarti bahwa segala sesuatu yang ada -baik di langit maupun di bumi- telah diciptakan dan ditundukkan oleh Allah Swt untuk manusia itu hukumnya mubah. Oleh karena itu (hukum) atas benda-benda tidak membutuhkan dalil khusus dan cukup dimasukkan ke dalam dalil umum, yaitu ibahah. Allah Swt berfirman:
]كُلُوا مِمَّا فِي اْلأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّبًا[

Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi. (TQS al-Baqarah [2]: 168)

Ayat tersebut menjelaskan bahwa pada dasarnya memakan segala sesuatu yang ada adalah halal (boleh). Untuk memakannya tidak diperlukan dalil khusus karena telah ada dalil umum (yaitu ibahah). Hanya saja terdapat larangan memakan bangkai, daging babi, binatang yang jatuh, binatang buas. Juga terdapat larangan minum khamar. Semua itu memerlukan dalil yang mengharamkannya. Hal ini merupakan pengecualian dari dalil umum yang telah membolehkan (makan atau minum sesuatu).
[مَا لاَ يَتِمُّ الْوَاجِبُ اِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ]
Tidak sempurna suatu kewajiban tanpa sesuatu, maka sesuatu tersebut menjadi wajib pula (hukumnya)

[إِسْتِصْحَابُ اْلأَصْلِ]
Segala sesuatu perbuatan ikut (turut terkait dengan) hukum asalnya

[أَنَّ الْخَيْرَ مَا أَرَضَ اللهُ وَ أَنَّ الشَّرَّ مَا أَسْخَطَهُ]
Sesungguhnya kebaikan itu adalah sesuatu yang diridhai Allah, dan keburukan itu adalah sesuatu yang dimurkai Allah

[أَنَّ الْحَسَنَ مَا حَسَّنَهُ الشَّرْعُ وَ أَنَّ الْقَبِيْحَ مَا قَبَّحَهُ]
Sesungguhnya perbuatan terpuji itu adalah apa yang dipuji oleh Allah, dan perbuatan tercela itu adalah apa yang dicela oleh Allah
[أَنَّ الْعِبَادَاتِ وَالْمَطْعُوْمَاتِ وَالْمَلْبُوْسَاتِ وَالْمَشْرُوْبَاتِ وَالأَخْلاَقِ لاَ تُعَلَّلُ وَيَلْتَزِمُ فِيْهَا بِالنَّصِّ]
Sesungguhnya hukum-hukum tentang ibadah, makanan, pakaian, minuman dan akhlaq tidak dapat direka-reka (dicari-cari ‘illat hukumnya), semua ketentuannya berdasarkan nash saja (sumber : Mengenal Hizbut Tahrir)

Wednesday, October 21, 2009

Tokoh perjuangan dari Al-Azhar

Universiti Al-Azhar telah banyak melahirkan tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia dan Islam secara khususnya.

Antara individu-individu lulusan universiti Islam tertua dunia ini yang dikenali ramai dalam sumbangannya adalah Hassan Al-Banna yang terkenal sebagai reformis sosial dan politik Mesir serta pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu kumpulan terbesar dan paling berpengaruh dalam penggerak kebangkitan semula agama.

Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.

Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.

Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.

Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam.

Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Gamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.

Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.

Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

Taqiuddin al-Nabhani

Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.

Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.

Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.

Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.

Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Sheikh Ahmad Yassin

Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa,

Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948.

Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat.

Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.

Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel.

Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan.

Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.

Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.

- MOHAMAD FIKRI ROSLY
Dipetik dari Utusan Malaysia/ARKIB : 17/11/2008/Bicara Agama

AQIDAH

Secara fitri, dalam diri manusia terdapat kecenderungan untuk mensucikan sesuatu (taqdis). Berdasarkan fitrahnya itulah, manusia melakukan ibadah terhadap sesuatu. Berarti ibadah merupakan manifestasi (hasil reaksi) alami dari naluri beragama (gharizah tadayyun). Oleh kerana itu manusia akan merasakan suatu ketentraman dan kebahagiaan, tatkala melakukan ibadah. Sebab ketika itu ia telah memenuhi tuntutan gharizah tadayyun.

Namun demikian masalah ibadah tidak boleh diserahkan begitu saja kepada persepsi dari dalam (Wijdan) untuk menentukan apa yang seharusnya diibadahi. Sebab hanya mengandalkan wijdan senantiasa memiliki kecenderungan terjadi kesalahan dan dapat menyeret ke jurang kesesatan. Sebagian besar sesembahan manusia yang disembah berdasarkan dorongan wijdan saja adalah suatu hal yang sebenarnya harus dilenyapkan dan sebagian besar yang disucikan oleh manusia berdasarkan wijdan saja adalah suatu hal yang harus direndahkan. Apabila wijdan dibiarkan menentukan sendiri apa yang selayaknya disembah oleh manusia, maka hal ini dapat membawa kepada kesesatan dalam beribadah yaitu selain kepada sang pencipta; atau dapat menjerumuskannya pada perbuatan khurafaat, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Al-Khaliq, tetapi malahan menjauhkan dari Al-Khaliq.

Hal seperti itu bisa saja terjadi, sebab wijdan adalah suatu perasaan yang terbentuk dari naluriah semata (ihsaas gharizy); atau suatu perasaan yang muncul dari dalam manusia yang nampak akibat adanya suatu kenyataan yang diindera atau dirasakan berinteraksi dengan manusia, atau bisa juga muncul dari suatu proses pemikiran yang dapat membangkitkan perasaan itu apabila manusia kembali hanya mengandalkan perasaannya saja untuk sampai pada kesimpulan di atas tanpa disertai proses berfikir maka kemungkinan besar akan terjerumus dalam kesesatan atau kesalahan. Misalnya saja pada suatu malam anda melihat sebuah bayang-bayang hitam, sehingga menyangka itu adalah musuh. Maka anda akan digerakkan oleh naluri mempertahankan diri (gharizatul baqa') sebagai bentuk rasa takut. Kemudian perasaan anda mengambil reaksi terbaik yaitu dengan cara berlari. Tindakan seperti ini tentu saja merupakan suatu kesalahan, sebab anda telah berlari kerana takut terhadap sesuatu yang mungkin tidak ada. Dan andapun lari dari sesuatu yang seharusnya dilawan, sehingga reaksi anda adalah munculnya rasa takut yang (dengan berlari) adalah tindakan yang salah. Akan tetapi jika anda menggunakan akal dan memikirkan perasaan yang mencengkram diri anda, sehingga anda putuskan sikap reaksi yang seharusnya, maka akan jelaslah bagi anda, tindakan apa yang seharusnya dilakukan. Barangkali akan jelas kemudian, bahwa bayangan itu hanyalah sebuah tiang listrik, pohon, atau hewan, sehingga lenyaplah rasa takut dalam diri anda, dan anda dapat terus berlalu. Dan mungkin juga akan jelas bagi anda, bahwa bayangan itu adalah seekor binatang buas, sehingga tidak mungkin anda berlari dihadapannya. Anda harus berusaha mencari perlindungan; dengan memanjat pohon misalnya, atau berlindung di dalam rumah. Maka andapun akan selamat.

Oleh kerana itu, manusia tidak diperbolehkan (begitu saja) memenuhi tuntutan gharizah, kecuali disertai dengan penggunaan akal. Dengan kata lain, tidak boleh ia melakukan suatu tindakan yang semata-mata berasal dari dorongan wijdan saja, tetapi sebaliknya harus menggabungkan akal dengan wijdan. Berdasarkan hal ini maka taqdis (mensucikan sesuatu), harus dibangun berdasarkan proses berfikir yang disertai perasaan wijdan. Sebab taqdis adalah hasil manifestasi dari gharizah tadayyun. Bentuk manifestasi ini tidak boleh ada tanpa melalui proses berfikir, kerana dapat menjerumuskan manusia kejurang kesesatan dan kesalahan. Manusia, wajib memenuhi gharizah tadayyun, tetapi setelah melalui proses berfikir, yaitu setelah menggunakan akalnya. Oleh kerana itu, ibadah tidak boleh dikerjakan, kecuali sesuai dengan hasil penunjukan akal, sehingga ibadah itu benar-benar ditujukan kepada Dzat yang secara fithri patut disembah, Dialah Al-khaliq yang mengatur segala sesuatu, yang (DzatNya) senantiasa diperlukan manusia.

Akal manusia memastikan bahwa ibadah hanya dilakukan kepada Al-Khaliq, kerana Dialah yang mempunyai sifat azali (tak berawal dan berakhir) dan wajibul wujud (wajib keberadaannya). Manusia tidak boleh melakukan ibadah kepada selain Al-Khaliq. Dialah yang telah menciptakan manusia, alam semesta dan kehidupan ini, Yang memiliki sifat-sifat sempurna secara mutlaq. Jika seseorang telah meyakini keberadaanNya, maka ia akan mengharuskan dirinya untuk menyembah dan melakukan ibadah kepadaNya semata.

Adanya pengakuan bahwa Dia adalah Al-Khaliq, baik secara fithri ataupun aqliy, mengharuskan seseorang yang mengakuinya untuk beribadah kepadaNya. Sebab, ibadah adalah suatu bentuk manifestasi perasaannya terhadap keberadaan Al-Khaliq. Ibadah merupakan bentuk manifestasi rasa syukur tertinggi yang wajib dilakukan oleh makhluk kepada Dzat yang telah memberinya nikmat penciptaan dan pengadaan. Fithrah manusia dan akal manusia mengharuskan adanya ibadah. Sedangkan akal memastikan bahwa yang berhak disembah, disyukuri, dan dipuji adalah Al Khaliq, bukan selainNya (makhluk). Oleh kerana itu kita menyaksikan bahwa orang-orang yang pasrah (menyerahkan diri) hanya kepada wijdan saja sebagai bentuk manisfestasi taqdisnya tanpa menggunakan akalnya, mereka terjerumus dalam kesesatan sehingga menyembah banyak sesembahan, disamping pengakuannya terhadap wujud Al-Khaliq yang Wajibul Wujud dan bersifat tunggal (Esa). Akan tetapi ketika membangkitkan manifestasi gharizah tadayyun, mereka mensucikan yang lain. Mereka melakukan ibadah kepada Al Khaliq, tetapi juga sekaligus kepada makhluk-makhlukNya baik dengan anggapan sebagai Tuhan yang layak disembah atau menyangka bahwa Al Khaliq menitis pada suatu benda, ataupun menganggap Al Khaliq akan ridla apabila dilakukan taqarrub kepadaNya melalui penyembahan kepada benda-benda tersebut.

Fithrah manusia telah memastikan adanya Al-Khaliq. Tetapi manisfestasi taqdis yang harus dilakukan tatkala muncul sesuatu yang menggerakkan rasa keberagamaannya akan menyebabkan taqdis terhadap apa saja yang dianggapnya layak untuk disembah. Mungkin sesuatu itu dianggap sebagai Al-Khaliq, atau yang disangkanya sebagai Al-Khaliq akan ridla dengan tindakannya itu, atau dianggap Al-Khaliq menitis/menjelma pada benda yang ia sembah, disamping Al Khaliq Yang Maha Esa.

Oleh kerana itu, adanya persangkaan banyaknya tuhan yang disembah dialihkan kepada dzat yang disembah, bukan terhadap ada atau tidaknya Al-Khaliq. Maka penolakan terhadap adanya banyak tuhan yang disembah harus dijadikan sebagai penolakan dzat yang disembah (selain Allah), mengharuskan dan menjadikan ibadah semata-mata kepada al-Khaliq yang azali dan wajibul wujud.

Berdasarkan hal ini Islam datang sebagai landasan (hidup) bagi seluruh manusia. Islam menyatakan bahwa ibadah hanyalah dilakukan terhadap dzat yang wajibul wujud. Dialah Allah SWT. Islam telah menjelaskan secara rinci tentang semua itu melalui dorongan aqal secara jelas. Islam melontarkan pertanyaan tentang sesuatu yang wajib disembah. Merekapun menjawab, bahwa Dia adalah Allah. Mereka sendiri yang menetapkan buktinya. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah, kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: 'Kepunyaan Allah'. maka apakah kamu tidak ingat ? Katakanlah: "Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang mempunyai Arsy yang agung?'. Mereka akan menjawab; 'Kepunyaan Allah'. Katakanlah:'Maka apakah kamu tidak bertaqwa?'Katakanlah :'Siapakah yang ditanga-nNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang dia melindungi dari (adzab)-Nya, jika kamu mengetahui?'Mereka akan menjawab: 'kepunyaan Allah'. Maka dari jalan manakah kamu ditipu? Sebenarnya kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan lain besertaNya. Kalau ada tuhan lain besertaNya masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakan-Nya,dan sebagian tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lainnya."

(QS Al Mu'minuun: 84-91)

Dengan pengakuan bahwasanya Allah pencipta segala sesuatu, ditangan-Nyalah terletak kekuasaan atas segala sesuatu maka mereka pun telah mengharuskan diri mereka sendiri untuk beribadah kepada Allah semata. Sebab sesuai dengan pengakuan mereka ini, hanya Dialah (Allah) yang berhak disembah. Dalam banyak ayat lainnya dijelaskan, bahwa selain Allah, tidak dapat berbuat apapun yang dapat menjadikannya layak disembah sebagaimana ayat-ayat yang dibawah ini:

"Katakanlah, tunjukkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup mata hatimu. Siapakah tuhan selain Allah yang mampu mengembalikan kepadamu?" (QS Al An'aam: 46)

"Ataukah mereka mempunyai tuhan selain Allah?" (QS Ath-Thuur: 43)

"(Dan) Tuhanmu adalah yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (QS Al Baqarah: 163)

"Tidak ada Tuhan selain Dia (Allah)." (QS Al-Baqarah: 255).

"(Dan) sekali-kali tidak ada Tuhan selain Allah, yang Maha Esa dan Maha Mengalahkan" (QS Shaad: 65)

"Padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain Tuhan yang Maha Esa (Allah)" (QS Al Maidah: 73)

Semua ayat di atas menunjukkan tidak ada yang berhak disembah, kecuali Dzat yang wajibul wujud. Dialah Allah yang Maha Esa.

Islam datang dengan ajaran "Tauhidul ibadah" terhadap Dzat yang wajibul wujud, yang secara aqliyah maupun fitri, telah ditetapkan keberadaanNya. Banyak ayat-ayat Al Qur'an memberi petunjuk yang gamblang, yang menolak adanya banyak sesembahan .

"Ilaah", menurut arti bahasa, tidak memiliki arti lain, kecuali "Yang disembah" (Al Ma'buud). Dan secara syar'i tidak ditemukan adanya arti lain, selain arti itu. Maka arti "laa ilaaha", baik secara lughawi atau syar'iy, adalah "laa ma'buuda". Dan "illallah", secara lughawi ataupun syar'iy, artinya adalah Dzat yang wajibul wujud, yaitu Allah SWT.

Berdasarkan hal ini, makna dari syahadat pertama dalam Islam, bukanlah kesaksian atas ke-Esaan Al-Khaliq semata, sebagaimana anggapan kebanyakan orang. Tetapi arti yang dimaksud dalam syahadat tersebut adalah adanya kesaksian bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, yang memiliki sifat wajibul wujud, sehingga peribadahan dan taqdis semata-mata hanya untukNya. Dan secara pasti menolak serta menyingkirkan segala bentuk ibadah kepada selain Allah SWT.

Jadi, pengakuan terhadap adanya Allah, tidaklah cukup sekadar pengakuan tentang ke-Esaan Al-Khaliq, tetapi harus disertai adanya pengakuan terhadap ke-Esaan. Sebab, arti "laa ilaaha illallah" adalah "laa ma'buuda illallaahu". Oleh kerana itu, syahadat seorang muslim, yaitu bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, mewajibkan kepada dirinya untuk melakukan ibadah hanya kepada Allah, dan membatasi ibadahnya semata-mata kepada Allah saja, sehingga arti tauhid di sini adalah "Tauhidut taqdis" terhadap Al-Khaliq, yakni "Tauhidul ibadah" kepada Allah Yang Maha Esa.

SIS – TUNGGULAH KEADILAN ALLAH KE ATAS KAMU!

[SN191] Sehingga kini, hukuman ke atas Kartika, model yang mengaku salah meminum arak dan dijatuhkan hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang, masih belum dilaksanakan. Kartika yang mengaku telah insaf dan redha disebat masih tidak berganjak dari pendiriannya. Namun ada pihak lain yang terpekik terlolong ingin membela nasib Kartika kerana hukuman sebat tersebut yang dikatakan zalim ke atas wanita. Siapa lagi kalau bukan Sisters in Islam (SIS) dan sekutu-sekutu mereka dari aliran liberalisme? Dari mula kes ini diputuskan lagi, SIS telah berkokok di sana sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah hingga mereka akhirnya memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika.

Tidak cukup dengan itu, satu perisytiharan bersama telah dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada SIS, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) [http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=972&Itemid=1]. Dari kenyataan bersama ini, tidak ada lain yang terzahir darinya kecuali wajah hodoh SIS dan golongan liberal yang semakin terselak dengan menampakkan segala kudis dan kurapnya.

Dalam menangani isu Kartika ini, sebagai Muslim kita hendaklah sedar bahawa hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah bukanlah hukum Islam. Sememangnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan keputusan mahkamah tersebut kerana mahkamah telah jelas-jelas menjatuhkan hukuman sekular berdasarkan enakmen syariah negeri Pahang yang tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan. Kedua-duanya merupakan undang-undang buatan manusia yang bercanggah seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah. Kejahilan dan kekeliruan SIS adalah apabila mereka menganggap bahawa hukuman 6 sebatan itu sebagai hukuman syariah. Ini jelas dari kenyataan mereka yang berbunyi,

“Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia - terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah”.

Dari kenyataan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa SIS bukan sahaja menolak hukuman 6 sebatan, malah mereka menolak hukum syariah dan mereka lebih rela berhukum dengan hukum taghut buatan manusia di bawah Kanun Acara Jenayah! Firman Allah SWT,

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Kita semua maklum bahawa hukuman ‘sebat’ (dengan jumlah yang betul) adalah sebahagian dari hudud Allah, namun kita menyaksikan betapa jahil, angkuh dan sombongnya SIS yang langsung tidak mahu hukuman sebat dan hukuman syariah dijatuhkan ke atas wanita. Jika dengan hukuman 6 sebatan tersebut SIS telah pun meracau dan merapu tak tentu hala, apatah lagi jika hukuman Islam sebenar (yakni) 40 atau 80 kali sebatan dijatuhkan? Tentunya SIS akan semakin dirasuk syaitan. Alangkah beraninya SIS menolak hukum Allah!

SIS – Rosak Lagi Merosakkan

Lebih buruk, dalam kenyataan mereka, SIS dan sekutu-sekutu liberalnya menyatakan bahawa

“Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia. Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya.”

Apakah patut pengakuan dan redha Kartika untuk disebat dibandingkan dengan undang-undang Hindu yang sesat lagi menyesatkan? Secara logiknya SIS yang memperjuangkan hak wanita sepatutnya bersetuju dan memberi sokongan padu kepada Kartika untuk menjalani hukuman tersebut, ini barulah dikatakan membela wanita. Sebaliknya, kita melihat betapa songsangnya SIS yang kononnya ingin membela wanita, namun mereka sendiri telah menafikan hak wanita (Kartika) yang telah rela dirinya dihukum. Dari sini jelas bahawa SIS sebenarnya bukannya membela wanita, jauh sekali menjadi pembela Islam, tetapi sebenarnya SIS adalah pembela hukum kufur! SIS sesungguhnya adalah pembela ‘hak asasi’ yang berasal dari Barat. Hak asasi manusia (human rights) merupakan senjata yang diciptakan oleh kuffar Barat untuk mengelirukan dan menjauhkan umat Islam dari hukum Islam. Dengan adanya konsep ‘hak asasi’, Barat telah berjaya menjadikan ‘standard’ atau pegangan hidup seorang Muslim untuk dinisbahkan kepada hak asasi, bukan lagi dinisbahkan kepada hukum syarak. Betul atau salah sesuatu perbuatan atau hukuman itu hendaklah diukur dengan hak asasi, bukannya dengan Al-Quran dan Sunah. Inilah kehendak Barat dan inilah perjuangan yang dibawa SIS (yakni) meninggikan atau memartabatkan hak asasi manusia dengan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.

Lebih jauh, kenyataan media tersebut menyebut

“Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.”

Sekali lagi SIS menggunapakai undang-undang taghut hak asasi manusia antarabangsa sebagai hujah. Sedangkan telah nyata bahawa deklarasi hak asasi manusia yang diasaskan pada tahun 1948 itu adalah sebuah prinsip yang dicipta oleh kuffar Barat. SIS nampaknya telah menjadikan orang-orang kafir (yang mewujudkan deklarasi) sebagai ‘kayu ukur’ dalam menentukan kesesuaian sesuatu hukuman. Di manakah SIS letakkan Al-Quran dan al-Hadis? Butakah SIS bahawa perbuatan meminum minuman syaitan itu sendiri adalah suatu yang tidak bermaruah menurut Islam? ‘Perbuatan’ terkutuk itu tidak pula dipersoalkan oleh SIS (dari segi bermaruah atau tidak), sebaliknya ‘hukuman’ ke atas peminumnya pula yang dipersoalkan. Tidakkah SIS pernah mendengar sepanjang hidup mereka bahawa Allah SWT berfirman,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Jadi, siapakah pihak yang kejam di sini? Orang yang ingin berhukum dengan hukum Allah, atau pihak SIS yang ingin berhukum dengan hukum hak asasi manusia antarabangsa?

SIS menganggap hukuman sebat sebagai mencabul hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan. Inilah pendapat SIS yang ‘sefikrah’ dengan orang-orang kafir dalam perjuangan hak asasi manusia. Anehnya SIS tidak pula mempertikaikan atau memperjuangkan penghapusan sebat yang telah lama wujud dalam kes sivil, yang jauh lebih kejam cara pelaksanaannya. Namun, bila hukuman tersebut ada ‘unsur syariah’, maka SIS terus mempertikaikannya. Hati SIS nampaknya benar-benar telah tertutup dari memahami ayat-ayat Allah,

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan; dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nur (24):2].

Betapa jauhnya SIS dan sekutu-sekutunya terpesong dari kebenaran. Alangkah sesatnya cara berfikir golongan liberal ini yang menjadikan pemikiran kufur Barat sebagai sandaran hukum dengan mengenepikan nas-nas sahih dari Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya golongan inilah yang disayangi dan dimuliakan oleh Barat, dan menjadi agen mereka dalam usaha mereka untuk menghancurkan Islam. Bertambah malang, apabila para pemimpin sekular tetap membenarkan golongan ini bergerak di dalam masyarakat, malah menyokong serta memberi bantuan kepada pergerakan ini.

SIS Penyokong Sekular

Sejarah Islam telah merakamkan berapa ramai pesalah wanita yang mengaku dengan kesalahan yang mereka lakukan dan redha dengan hukuman sebat ke atas mereka. Hal ini menunjukkan ketundukan mereka kepada hukum Allah dan kesedaran mereka akan azab Allah di Akhirat. Kes perempuan Ghamidiyyah sebagai contoh, demi untuk meraih keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat, Ghamidiyyah telah mengakui perzinaannya dan bersedia untuk dihukum. Beliau mendatangi Rasulullah SAW untuk disucikan (dari dosa) dengan meminta Rasulullah menjalankan hukuman rejam ke atasnya yang telah berzina. Ghamidiyyah kemudian direjam hingga mati. Rasulullah SAW seterusnya bersabda,

“Sungguh dia telah bertaubat, seandainya dibahagi (taubatnya) antara 70 penduduk Madinah, sungguh akan mencakup semuanya.”

Seorang Muslimah yang sedar dan takut akan azab Allah di Akhirat, akan pasti meminta agar Negara menjatuhkan hukuman Allah ke atas kesalahan mereka semasa di dunia agar seksa akhirat bagi mereka gugur, sebagaimana permintaan Ghamidiyyah kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku!” Mereka mengakui kesalahan yang mereka lakukan dan mahu dihukum menurut hukum Allah sehingga mereka terlepas dari azab Allah di Akhirat. Mereka rela menanggung sakitnya had Allah di dunia, kerana takut akan azab Allah yang lebih berat menanti di Akhirat. Inilah sifat seorang Muslimah yang beriman kepada Allah, tidak sebagaimana SIS yang bukan sahaja tidak redha dengan hukuman syariah, malah menentangnya habis-habisan dan ingin diganti dengan hukum kufur buatan manusia! Masya Allah!

Kita mengingatkan SIS dengan Firman Allah,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Wahai Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [TMQ An Nisa’ (4):65].

Kita wajib yakin bahawa hukuman yang wajib dijalankan ke atas Kartika adalah had Allah, sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Dan hudud Allah sama sekali tidak boleh diubah, dipinda atau dihapuskan. Hudud adalah hak Allah dan wajib dijalankan biarpun golongan kafir, munafik, golongan liberal dan sekular membencinya sekalipun. Berdasarkan ayat ini, jika seseorang itu menolak hukum Allah dan Rasul, serta tidak pasrah/redha kepadanya, maka tidak ada lagi keimanan dalam diri seseorang itu.

Selain mendedahkan kesongsangan pemikiran SIS, kami juga ingin mengingatkan kepada golongan wanita mahupun lelaki mahupun gerakan Islam yang bersetuju dan menyokong Kartika untuk menjalani hukuman 6 sebatan, sedarlah bahawa hukuman 6 sebatan yang akan dijalani oleh Kartika itu bukanlah hukuman Islam dan kita tidak boleh bersetuju dengannya. Kita sewajibnya bersetuju jika hukuman yang dijatuhkan adalah benar-benar hukuman hudud yakni sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Sekiranya kalian adalah golongan yang ingin memperjuangkan hukum Allah, janganlah berjuang di jalan yang keliru. Dalam kalian memperjuangkan hukum Allah, janganlah terjerumus dengan tindakan atau kelakuan yang sama seperti mana golongan liberal/sekular yang membelakangkan undang-undang Allah dan Rasul. Dalam pada kita tidak bersetuju dengan SIS yang menolak hukum syariah, janganlah pula kita terkeliru dan bersetuju dengan hukuman 6 sebatan yang hakikatnya juga bukan hukum syariah. Sesungguhnya hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah juga adalah hasil produk sekularisme. Hukuman itu bukannya datang dari Quran dan Sunnah, tetapi hasil produk pembuatan undang-undang di Parlimen di bawah sistem demokrasi yang membenarkan manusia membuat undang-undang dengan suara majoriti.

Allah Azza wa Jalla mengingatkan kita,

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” [TMQ al-Ahzab (33):36].

Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah semata-mata. Manusia, baik lelaki mahupun wanita tidak ada hak untuk memilih hukumnya sendiri. Siapakah SIS yang ingin mempersoalkan hukum Allah? Malah lebih hina, SIS sanggup mengatakan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah. Alangkah dahsyatnya pemikiran sekular yang ada pada SIS sehingga ke tahap mereka ingin merubah hukum Allah. Sesungguhnya SIS bukanlah pembela wanita, sebaliknya pembela hawa nafsu yang mahu menundukkan Islam mengikut kehendak mereka. Demi Allah! SIS sebenarnya bukanlah pembela Islam, sebaliknya mereka adalah pembelot Islam. SIS langsung tidak layak untuk digelar Sisters In Islam, namun selayaknya mereka digelar Sisters In Secularism!

Khatimah

Wahai Sisters In Secularism! Tidak pernahkah kamu takut dan bertaubat kepada Allah, yang menciptakan kamu dari tidak ada kepada ada, dari setitis air mani kemudian menjadi segumpal daging dan kemudian Allah meniupkan ruh (ciptaan)Nya kepada kamu dan dengan ruh itu kamu hidup. Setelah itu kamu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu-ibu kamu. Allah membesarkan kamu dan memberi rezeki kepada kamu. Dan Allah mengurniakan akal kepada kamu yang tidak dikurniakanNya kepada binatang. Namun, akal itu kamu gunakan untuk mempertikaikan dan merubah hukum Allah, bukan untuk memahaminya dan menerapkannya. Tidak takutkah kamu kepada Allah, Zat Yang Maha Kuasa yang akan merentap nyawa kamu dalam masa sesaat sahaja. Kemudian kamu akan ditelan bumi dan Allah akan bangkitkan semula kamu untuk disoal dari segala perbuatan yang telah kamu lakukan di dunia ini. Pada hari itu, hanya Allah sahajalah yang berkuasa mengampuni segala dosa-dosa kamu, jika Dia menghendakinya. Dan pada hari itu Allah jualah yang pasti akan mengazab kamu, jika Dia menghendakinya. Maka, tunggulah keadilan Allah ke atas kamu pada hari itu..



Diambil dari : www.mykhilafah.com

Tuesday, October 20, 2009

Pemikiran Islam liberal di luar landasan akidah

Oleh Mohd Aizam Mas’ud
MUNGKIN sebahagian umat Islam masih belum sedar bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai tahun lalu memutuskan pemikiran Islam liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Bagi sesetengah umat Islam di negara ini, fatwa pengharaman Islam liberal kurang diketahui berikutan pengumuman dibuat serentak dengan fatwa pengharaman botox. Tidak dinafikan fatwa botox mendapat publisiti meluas di kalangan media cetak dan elektronik arus perdana.

Tambahan, botox agak sinonim dengan kehidupan golongan artis atau selebriti kegilaan ramai sekali gus menenggelamkan fatwa Islam liberal akibat terkesan dengan populariti isu botox yang hampir mendapat tempat di hati masyarakat.

Apa yang menarik, pengharaman botox oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JKF) mendapat reaksi positif sehingga jarang terdengar pihak yang mempertikai mahupun menolaknya.

Berlainan maklum balas diberikan kepada fatwa pengharaman Islam liberal. Ada suara segelintir umat Islam mempersoalkan kewajarannya atas dasar ia suatu bentuk pemikiran yang tempatnya di dalam kotak akal manusia.

Akal pula adalah sesuatu berbentuk rohani yang tidak boleh ditangkap atau dipenjarakan. Maka, apakah kewajarannya JKF bertindak sedemikian?

Dalam memahami kewajaran fatwa itu, amat tepat jika umat Islam menyorot kembali kemasukan unsur falsafah serta budaya klasik Greek dan Parsi yang pernah berlaku suatu ketika dulu.

Bahananya, idealisme sesat yang dulu terpendam oleh kekuatan zaman keemasan akhirnya muncul dan terus menjalar menembusi pemikiran umat Islam ketika itu.

Antara golongan paling jelas terpengaruh dengan aliran itu adalah puak Muktazilah. Mereka memiliki gagasan pemikiran berteraskan keutamaan akal dan mensekunderkan teks al-Quran dan hadis. Ini ditambah dengan kepesatan ahli falsafah Islam yang mentafsirkan nusus agama mengikut pendekatan akal dan falsafah.

Sebelum itu juga, wujud aliran pemikiran kalam atau teologi Islam yang jelas terpesong daripada manhaj sebenar akidah Islam seperti Khawarij, Murji’ah, Jabariyah, Qadariyah dan Syiah.

Serangan ideologi dan pemikiran sebegini akhirnya melonjakkan sebilangan tokoh ilmuwan Islam pada zaman itu untuk tampil bagi menjelaskan ajaran Islam sebenar.

Lantaran itu lahirlah nama besar seperti Imam Abu Hanifah. Beliau menulis kitab al-Fiqh al-Akbar dan juga risalah al-Bahth `ala al-Istita’ah Ma’a al-Fi’il.Kedua-dua karya berkenaan mengkritik penyelewengan fahaman Qadariyah dalam usaha menyatakan kebenaran ajaran Ahli Sunnah.

Imam Syafie pula menulis sebuah risalah bertajuk Tashih al-Nubuwwah wa al-Radd `ala al-Barahimah dan Risalah al-Radd `ala Ahl al-Ahwa. Daripada tajuk itu jelas menampakkan usaha beliau memperbetulkan dan menolak kebatilan ajaran yang berasaskan Brahminisme dan pengikut hawa nafsu.

Begitu juga Imam Malik bin Anas yang menyertai banyak perdebatan bagi mempertahankan ajaran Ahli Sunah. Antaranya ungkapan beliau mengenai pengertian istiwak (bersemayam).

Imam Malik menjawab: “Istiwak itu dimaklumi, caranya tidak boleh diimaginasi oleh akal, mengimaninya wajib, bertanya mengenainya tidak boleh (bidaah).

Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad bin Hanbal menamakan bukunya Risalah Ahli Sunah wa al-Jamaah. Kandungan buku ini jelas menghuraikan akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan pada masa sama membicarakan pelbagai golongan yang dianggap menyimpang dan menyeleweng daripada pendekatan pemikiran Ahli Sunnah.

Selain itu, sejarah Islam membuktikan khalifah Islam pernah mengharamkan bahkan bertindak tegas terhadap pembawa fahaman yang menyeleweng daripada akidah Ahli Sunah Waljamaah.

Sebagai contoh, Ma’bad al-Juhani pengasas mazhab Qadariyyah dihukum bunuh
oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 hijrah. Pada zaman itu juga, Imam Hassan al-Basri mengeluarkan fatwa menegah orang ramai menghadiri majlis dipimpin Ma’bad al-Juhani sambil menyifatkan dia seorang yang sesat lagi menyesatkan.

Seorang lagi pengikut mazhab Qadariyyah yang dihukum mati ialah Ghailan
al-Dimasyqi pada zaman Khalifah Hisham bin Abdul Malik.

Khalifah Hisham juga menjatuhkan hukuman sama ke atas pembawa mazhab Jabariyyah iaitu Ja’d bin Dirham pada tahun 120 Hijrah. Murid kepada Ja’d bin Dirham, Jaham bin Safwan, juga menerima nasib yang sama apabila dia dijatuhi hukuman bunuh pada zaman Bani Umayyah atas arahan Gabenor Khurasan pada 128 Hijrah.

Pengharaman buku atau kitab, sememangnya tidak berlaku pada zaman awal penulisan atau pengarangan kitab memandangkan ia tidak begitu relevan untuk dilakukan oleh pemerintah. Ini kerana pada zaman itu belum ada sebarang bentuk teknologi percetakan tetapi yang wujud hanya penulisan berbentuk penyalinan dengan tulisan tangan.

Hal ini menyebabkan pengedaran ilmu melalui kitab terhad berbanding penyebaran ilmu melalui majlis menadah kitab (talaqqi). Oleh itu, tidak timbul soal pengharaman buku atau kitab pada zaman Rasulullah SAW, sahabat mahupun pada zaman Khalifah Bani Umayyah dan
Khalifah Bani Abbasiyyah memandangkan tiada keperluan berbuat demikian oleh pemerintah.

Namun pada zaman ini, menjadi suatu kebiasaan bagi institusi agama mempunyai kuasa mengeluarkan arahan pengharaman buku tertentu demi menjaga kesucian pemikiran umat Islam.

Institut Kajian Islam Universiti al-Azhar yang dipimpin Syeikh al-Azhar sendiri banyak kali mengeluarkan keputusan rasmi mengenai pengharaman kitab tertentu yang dilihat membahayakan akidah Islam di samping boleh memecahbelahkan umat Islam.

Hakikatnya, keputusan fatwa pengharaman Islam Liberal oleh JKF adalah lambang kepada fungsi dimainkan kerajaan sebagai pemerintah Islam yang diamanahkan untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.

Justeru, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh kerajaan demi kepentingan akidah masing-masing. Islam adalah agama sempurna dan berlandaskan ajaran yang diturun melalui al-Quran, hadis dan sunnah Rasul. Tidak wujud sama sekali ajaran lain selain yang diwahyukan oleh Allah.

Bagi golongan pemerintah Islam, mereka bertindak berasaskan konsep siyasah syar’iyyah iaitu demi menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia.

Melalui konsep itu, pengharaman pemikiran tertentu adalah satu cara digunakan pemerintah demi menyekat jalan yang boleh merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam.

Memang diakui pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang berakal dan tidak boleh disentuh atau diusik. Namun bukankah dengan pemikiran lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan. Jika tidak, masakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”.

Oleh kerana itulah Islam sejak awal menolak setiap pemikiran atau niat yang menyeleweng. Umat Islam perlu berwaspada dengan golongan yang memesongkan akidah melalui pelbagai label pada masa ini.

Penulis adalah anggota Panel Penulis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Monday, October 19, 2009

Komitmen 1Malaysia Komitmen Sekularisme

IPOH 18 Okt. – Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha sepadu rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain kerana mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. ‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. ‘‘Nombor 1 juga merupakan angka terbesar sekali yang bermakna kita mahu melakukan dan memberi komitmen terbaik untuk negara. Inilah asas kita dan perjalanan kita masih lagi jauh kerana perjuangan membina negara tidak boleh berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000 rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini. Program berkenaan dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; menteri-menteri Kabinet serta para pemimpin kerajaan negeri. Perak merupakan negeri pertama yang dipilih Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia dan selepas ini akan dituruti oleh negeri-negeri lain. Menurut Najib, Gagasan 1Malaysia sebenarnya bermula sewaktu semua kaum di negara ini sebagai satu keluarga menuntut kemerdekaan tanah air daripada British. Jelas beliau, sebelum itu, semua kaum memainkan peranan demi keselamatan, keharmonian dan kemakmuran tanah air dalam menentang pengganas Komunis, mengerjakan lombong serta ladang-ladang. Justeru, kata beliau, sudah sampai masanya negara mengiktiraf sumbangan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kata Najib, ia bukan bermakna kerajaan mahu mengambil hak kaum tertentu khususnya orang Melayu kerana hak tersebut telah terjamin di dalam Perlembagaan Negara. ‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan
berlandaskan Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan agama Islam. ‘‘Kerajaan pimpinan saya adalah untuk semua rakyat Malaysia, begitu juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak. Inilah keunikan dan keindahan Malaysia,” katanya. ‘‘Bila berurusan dengan negara China kita tahu budaya mereka, bila berurusan dengan India, kita kenal budaya mereka, begitu juga negara kepulauan Melayu atau Arab. ‘‘Akhirnya, 1Malaysia akan menjadi nilai ekonomi negara yang hebat kerana negara ini mempunyai perpaduan kaum yang cukup kuat,” katanya. Katanya lagi, 1Malaysia bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai bidang seperti kejayaan dalam dunia sukan, sosial dan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Diambil dari : www:mykhilafah.com

Sumber: Utusan Malaysia 18/10/09

Gagasan 1Malaysia…Lambang Komitmen Rakyat…..Untuk Terus Kekal Sebagai Negara Sekular?

Ada benarnya kata pepatah, sekali bah melanda sekali pantai berubah. Jika sebelum ini slogan sihir PM yang terdahulu adalah laungan Islam Hadhari dan “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Kini slogan sihir itu sirna dengan laungan “1Malaysia”. Amat malang apabila rakyat begitu mudah diubah dan berubah hanya dengan slogan-slogan yang dipropagandakan. Najib nampaknya bersungguh-sungguh turun padang untuk mengumandangkan slogan sihir 1Malaysia ciptaannya bagi memastikan sokongan rakyat terus berpihak kepada kerajaan sekular yang sedia ada. Perak dijadikan lokasi pertama untuk mempropagandakan seruan 1Malaysia. Ini mungkin kerana senario politik Perak yang masih tidak stabil, memberikan suasana yang selesa bagi UMNO untuk memulakan ‘roadshow’ 1Malaysianya di sana. Apa yang pasti, ‘roadshow’ propaganda ini akan menelan belanja yang cukup besar. Alangkah baiknya jika peruntukan untuk menjayakan majlis seumpama itu digunakan secara langsung membantu rakyat yang benar-benar memerlukan pembelaan dari negara? Apa sebenarnya kekuatan dan kelebihan idea 1Malaysia jika para pemimpin umat Islam yang berkuasa saat ini terus berdiri kukuh mempertahankan sistem kufur peninggalan penjajah? Hakikatnya, propaganda seperti ini adalah tidak lain merupakan agenda untuk meneruskan sistem kufur penjajah yang telah wujud sejak kemerdekaan sehinggalah ke hari ini. Asasnya tetap kekal sama - sekular – yang berubah hanya penampilannya.

Wahai umat Islam! Kamu wajib bangkit untuk memuhasabah para pemerintah yang berkuasa saat ini agar mereka menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bukannya terpesona dan terpedaya dengan slogan-slogan sekular seumpama ini. Kamu tidak sepatutnya hanya menerima mentah-mentah apa yang dilakukan oleh para pemimpin ini, tanpa menimbangnya dengan ukuran syara’. Secara sedar mahupun tidak, tindakan para pemimpin ini sebenarnya adalah merupakan langkah kesinambungan perjalanan mata rantai yang menyuburkan kehidupan Kapitalisme yang diterapkan oleh penjajah sebelum dari ini.

Wahai umat Islam! Apakah kita akan terus membiarkan idea-idea sekular ini berkuasa menjauhkan kehidupan dari naungan Islam sedangkan mengembalikan kehidupan Islam wajib diperjuangkan oleh umat Islam dan para pemimpin mereka yang berkuasa saat ini? Hanya dengan Islam sahajalah rahmat itu akan tersebar ke seluruh alam termasuklah bagi yang bukan beragama Islam. Firman Alllah SWT :

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ al-Anbiyaa’ (21) : 107].

SN190 - HUKUM KONGSIRAYA

[SN190] Aura ‘Idulfitri masih lagi dapat dirasakan dalam bulan Syawal 1430H ini. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia di mana ‘rumah terbuka’ menjadi salah satu acara yang mewarnai kemeriahan Syawal, dari awal bulan sampailah ke penghujungnya. Apa yang menjadikan Syawal ‘luar biasa’ di Malaysia ini adalah fenomena yang muncul semenjak terjadinya tarikh perayaan serentak tiga kaum yang terbesar di negara ini. Akibat tindakan sang pemimpin, maka muncullah konsep kongsiraya yang tak pernah dikenal oleh umat Islam sebelum ini. Istilah gongxiraya dan deeparaya menjadi buah tutur masyarakat. Konsep ‘rumah terbuka Malaysia’ diperkenalkan secara besar-besaran di mana setiap kaum diseru meraikan perayaan bersama-sama.

Hasilnya, segelintir umat Islam mula menyambut dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain lagi bersama-sama. Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam mengkaji dan memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun mereka bercampur dengan golongan kuffar dalam meraikan kongsiraya. Toleransi dan perpaduan menjadi alasan utama golongan ini bagi menjustifikasikan perbuatan mereka. Sang pemerintah pula tidak habis-habis mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja dari umat Islam yang ‘menentang’ amalan kongsiraya ini, maka mereka akan termasuk ke dalam golongan ‘ekstremis agama’. Ternyata, fatwa hebat ini telah berjaya menakutkan sesetengah golongan rakyat manakala sesetengah golongan lagi menelannya bulat-bulat.

Keadaan semakin parah dan bertambah celaru apabila ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang turut terlibat di dalamnya, malah mereka ‘mensahkan’ sambutan kongsiraya tersebut dengan pelbagai dalil dan dalih yang telah disimpang-siurkan sedemikian rupa. Kebelakangan ini, parti politik Islam pun tidak terkecuali mengadakan majlis terbuka bagi meraikan perayaan tiga kaum/agama ini serentak, walhal dulu mereka menentang amalan ini habis-habisan kerana bertentangan dengan hukum syarak. Natijah dari semua ini, walaupun tarikh raya tiga kaum di Malaysia kini sudah tidak lagi sama, namun konsep ‘kongsiraya’ masih tetap di amalkan kerana kejahilan yang masih membelit umat Islam. Yang lebih memualkan, ia di adakan bukan atas dasar kejahilan, namun untuk meraih maslahat politik (political milage) tertentu darinya. Halal dan haram sudah dicampak ke tepi oleh mereka dan maslahat politik telah menjadi satu-satunya tolok ukur. Nampaknya gagasan liberalisme dan pluralisme di bawah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri telah berjaya merasuk pemimpin parti Islam. Sautun Nahdhah kali ini akan mengungkap kepincangan dalam persepsi dan penerimaan kaum Muslimin terhadap perayaan dan upacara keagamaan kaum kuffar serta memberikan pandangan Islam dalam permasalahan ini. Semoga hidayah Allah tercurah ke atas mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar.

Hukum Meraikan Perayaan Kufur

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa pun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT,

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [TMQ al-Furqan (25):72].

Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya). Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,

“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Dari ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201].

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235].

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan, “Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab, tindakan tersebut merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mereka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110].

Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah SAW, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi SAW bertanya:

"Apakah dua hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini.’ Sabda Nabi, ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." [ HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi].

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,

“Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah SWT akan turun kepada mereka pada hari itu.”

Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Ditegaskan sekali di sini bahawa melibatkan diri bermaksud melakukan apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan ‘perayaan’ orang kafir di sini bermaksud seluruh hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab.

Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam, bukannya mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam meraikan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].

Ruang Lingkup ajaran Islam

Sesungguhnya ajaran Islam meliputi dua perkara penting dalam kehidupan, iaitu ajaran yang bersifat (i) ruhiyah (spiritual) dan ajaran yang bersifat (ii) siyasiyah (pengaturan urusan kehidupan). Ajaran yang bersifat ruhiyah dikaitkan dengan doktrin aqidah Islam itu sendiri serta aspek ibadah khusus, di samping ‘syiar’ Islam yang memiliki nilai ibadahnya sendiri seperti masjid, laungan azan, al-liwa’ (panji hitam bertulis kalimah tauhid) dan lain-lain lagi. Antara syiar Islam termasuklah perayaan kaum Muslimin seperti Idul Fitri dan Idul Adha. Sejak dulu, syiar Islam ini tidak pernah digabungkan dengan syiar kufur kerana umat Islam faham bahawa hak dan batil haram untuk dicampurkan. Namun kebelakangan ini apabila konsep ‘liberalisasi’ diterapkan ke atas umat Islam, ia berjaya mengubah persepsi secara total hinggakan tiada lagi sempadan yang membezakan soal halal dan haram atau iman dan kufur. Ledakan liberalisasi begitu kuat menerpa umat sehinggakan ‘syiar’ Islam yang berupa Idul Fitri dan Idul Adha telah digabungkan dengan syiar (perayaan) kufur oleh segelintir kaum Muslimin. Walhal Allah SWT dengan jelas berFirman,

“Katakanlah kepada orang kafir...bagimu agamamu, dan bagiku agamaku” [TMQ Al-Kafirun (109): 6].

Nas ini, dan beberapa nas yang lain yang telah dijelaskan menunjukkan perbezaan akidah di antara orang-orang Islam dan kafir dan langsung tidak ada ‘gabungan’ dalam masalah agama. Agama kita benar dan agama mereka sesat lagi salah dan bakal menghumban mereka ke neraka Jahanam. Inilah hakikatnya. Islam tidak akan sekali-kali berkompromi dengan kuffar dalam soal aqidah dan syariah biarpun dibenci oleh orang-orang kafir, munafik mahupun musyrik!

Ruang lingkup ajaran Islam yang kedua adalah bersifat siyasiyah/politik (mengatur urusan kehidupan) bagi setiap manusia. Allah telah menurunkan peraturan yang lengkap meliputi tatacara hubungan individu dengan dirinya sendiri seperti masalah berpakaian, makanan dan juga akhlak. Manakala terhadap orang-orang non-Muslim, dalam hal makanan, minuman dan pakaian, Islam membenarkan mereka berbuat sesuai dengan agama mereka, namun dalam batas yang diperbolehkan hukum syarak ke atas mereka. Selain merincikan hukum untuk mengatur diri sendiri, Islam juga datang dalam bentuk yang sempurna untuk mengatur hubungan manusia dengan manusia yang lain (sama ada Muslim dengan Muslim atau Muslim dengan kafir) dalam dua aspek utama, muamalat dan uqubat. Dari keduanya, terbit sistem politik, pemerintahan, ekonomi, pergaulan (antara lelaki dan perempuan), pendidikan dan sebagainya. Aspek hubungan sesama manusia ini merupakan ruangan yang paling luas sekali yang dibincangkan sehingga para cendekiawan Islam meletakkan kedudukannya 90% dari ajaran Islam.

Dalam aspek mualamat, umat Islam dibolehkan berinteraksi atau bermuamalat dengan non-Muslim tanpa ada sekatan agama. Sebagai contoh, Rasulullah SAW sendiri pernah mengupah Abdullah bin Uraiqith yang masih musyrik dari Bani Dail untuk menjadi pemandu arah semasa Baginda berhijrah ke Mekah. Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang pekedai Yahudi. Saidina Ali pernah berkata:

"Aku bekerja untuk seorang perempuan Yahudi dengan upah setiap timba air ditukar dengan sebutir kurma. Kemudian aku ceritakan hal itu kepada Rasulullah dan aku bawakan beberapa butir kurma lalu beliau pun memakan sebahagian kurma tersebut bersamaku." [HR. Al-Bukhari].

Malangnya, sebahagian umat Islam, malah termasuk golongan cendekiawan dan ulama sendiri ‘tidak membenarkan’ kaum Muslimin bermuamalat dengan non-Muslim. Boleh dikatakan saban hari kita mendengar rakan-rakan Muslim kita menegur, memarahi atau tidak berpuas hati apabila saudaranya membeli barangan daripada orang kafir. Malah ada yang mengemukakan nas untuk ‘mengharamkan’ perkara ini berdasarkan alasan bahawa kita wajib tolong-menolong sesama Muslim dan tidak boleh membantu orang kafir khususnya dari segi ekonomi. Alangkah anehnya dengan Muslim sebegini. Mereka menghalang orang lain, dan mereka sendiri juga tidak sanggup atau benci untuk membeli barang dari kedai orang kafir, dan mereka sering bersungut apabila rakan Muslim lainnya bermuamalat dengan orang kafir, namun dalam masa yang sama mereka sanggup pula, malah dengan muka yang begitu manis meraikan perayaan orang-orang kafir. Bahkan ada yang sanggup ‘menganjurkan’ perayaan untuk orang kafir. Perkara yang jelas halal (jual beli dengan orang kafir) mereka ‘haramkan’ manakala perkara yang jelas haram (meraikan perayaan orang kafir) mereka ‘halalkan’. Betapa jauhnya mereka terpesong dari kebenaran!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kita menelusuri sejarah kegemilangan Islam yang panjang, orang-orang Islam dan kafir sesungguhnya telah hidup bersama dengan sejahtera dalam Daulah Khilafah. Ketika itu, orang-orang kafir menikmati hak mereka sepenuhnya dan mereka tunduk serta berterima kasih kepada Islam. Namun, umat Islam saat itu tidak pernah sekali-kali berkompromi dengan mengadakan sambutan perayaan bersama mereka (orang kafir) untuk mewujudkan kesejahteraan tersebut. Umat Islam benar-benar berpegang kepada hukum syarak dan mereka tidak pernah menggadaikan agama mereka untuk kemaslahatan duniawi sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam sekarang. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa ‘sambutan hari raya’ adalah terkait rapat dengan persoalan akidah dan syiar agama kita dan agama mereka. Sesungguhnya dalam hal ini Allah Azza wa Jalla telah mengajarkan kita untuk mengucapkan kepada mereka, “bagimu agamamu dan bagiku agamaku..”. Apakah ada perkataan lain yang lebih baik dari ini untuk diucapkan kepada orang-orang yang mengkufuri Allah?

Diambil dari :www.mykhilafah.com

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak

Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula..
Share and Enjoy:

Diambil dari :
http://www.mohdsuhaimy.com/2006/08/16/petua-simpan-duit-banyak-banyak/