Sunday, November 15, 2009

Amat Hina Mereka Yang Menyamakan Islam Dengan Demokrasi

Betapa rosak dan hinanya cara berfikir para pemimpin umat Islam hari ini yang menyatakan Islam seiring dengan demokrasi. Inilah hasil dari pemikiran sekular yang tertancap kukuh di benak pemikiran para pemimpin ini. Sungguh malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin mereka tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil, tidak dapat memisahkan cahaya dan kegelapan dan yang paling hina, tidak dapat memilih dengan betul antara Islam dan kekufuran. Nampaknya musuh-musuh Islam telah berjaya menjadikan para pemimpin sekular ini jurubicara mereka ditengah-tengah kehidupan umat Islam hari ini. Mereka ini tidak lain merupakan produk Barat yang berjaya dicetak pemikirannya agar selari dan seiring dengan kehendak Barat.

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Apakah kamu sedar apa yang telah kamu perkatakan? Kamu begitu berani menyamakan Islam dengan sistem kufur demokrasi. Apakah kamu sedar bahawa tidak ada Deen yang lebih tinggi dari selain Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. Hanya Islamlah satu-satunya ad-Deen/cara hidup yang diterima oleh Allah SWT.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam". [TMQ A-li ‘Imraan (3) :19].

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].

Dalil-dalil al-Quran dan hadith di atas begitu jelas! Lantas kenapakah kamu begitu berani menyamakan Islam dengan demokrasi?

Wahai para pemimpin sekular umat Islam! Islam adalah Deen yang datangnya dari Allah SWT sementara demokrasi adalah sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia! Mana mungkin Islam seiring dengan demokrasi!

Wahai para pemimpin sekular! Tidakkan kamu sedar bahawa Rasulullah SAW diutus dengan ad-Deen yang haq berserta al-Quran mulia untuk diizharkan mengatasi agama / sistem kehidupan yang lain?

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At-Taubah (9) : 33].

Janganlah kamu menambahkan lagi kehinaan ke atas kamu dengan terus mengekalkan dan mempertahankan sistem kufur Barat, malah menyamakannya dengan Islam!!

Dari Mykhilafah.com

Friday, November 13, 2009

Husnul dzhan

Pertemuan diantara wanita dan lelaki sehingga terbitnya perasaan sayang dan cinta merupakan lumrah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.Perasaan yang ingin memiliki dan dimiliki.Semua manusia yang normal pasti akan rasa seperti itu .Adakah pelik kalau kita ni telah di miliki oleh seseorang insan, yang dari segi pandangan orang lain, kita ini tidak patut di miliki jikalau ada faktor lain.Contohnya kalau setakat muka macam ini, gelap atau hitam, badan gempal atau gemuk. Ini tidak lain, mesti ada sebab lain seperti berharta, ada kereta besar, rumah besar.Memang tidak di nafikan ada juga yang seperti itu.Tetapi adakah sebab atau faktor itu semata-mata kita telah memegangnya sebagai dhalil yang qatie' sehingga kita menghukum semua orang seperti itu.Adalah malang jika sifat kita ini suka memandang serong pada orang lain dengan pandangan yang negatif seperti itu. Memang hati kita kadang-kadang terasa pedih di sebabkan pandangan orang lain, tapi kita cuba redha, seperti yang terkandung dalam firman Allah S.W.T.

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah pada penulis, dari segi wajah dan fizikal.walaupun orang lain fikir kita memang tidak layak di miliki orang itu, tetapi disebabkan ada kereta patut la dia dimilik.Biar la pandangannya dengan pandangannya terhadap kita. Tapi kita masih ada Allah, hanya pandangan Allah yang patut kita beratkan dari pandangan orang biasa seperti itu.

luahan AhmadNasrullah

Isu Bai'at

Mutakhir ini, perkembangan dakwah Islam semakin menonjol dengan drastik. Banyak kesan yang boleh diperhatikan termasuk penggunaan pelbagai istilah baru dalam persada dakwah. Yang jelas, telah berlaku banyak kekeliruan dalam penggunaan pelbagai istilah termasuk oleh beberapa gerakan Islam. Kerapkali, sikap terburu-buru dalam menggunakan istilah tertentu menyebabkan banyak kekeliruan yang boleh mengakibatkan dampak yang buruk bukan sahaja ke atas gerakan tersebut malah ke atas Islam itu sendiri.

Sekalipun masih belum jelas kedudukan taklik yang dijadikan syarat “bai’ah” dalam upacara pencalonan calon PAS, hakikatnya, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah menyelami dan memahami apakah istilah ini sesuai untuk digunakan dalam konteks ini atau sebaliknya. Dari segi bahasa, bai’ah sering dikaitkan dengan ketaatan dan kesetiaan. Sedangkan dari segi istilah, bai’ah merupakan ketaatan kepada seorang khalifah yang wajib menerapkan Islam secara menyeluruh. Dalam ertikata lain, bai’ah merupakan akad perlantikan (restu) dari umat kepada seorang calon Khalifah melestarikan kehidupan Islam di bawah sistem Khilafah. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW dari Abu Sa’id al-Khudri r.a,

“Jika (terjadi) bai’at kepada dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya” [HR Muslim]

Nyata sekali Islam hanya mengiktiraf bai’ah kepada Khalifah, bukan selainnya. Penggunaan istilah bai’ah untuk motif selain dari yang telah ditetapkan oleh syarak adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh mengelirukan umat dari maksud sebenarnya.

Kaedah Menangani Perbezaan Pendapat

Dalam menangani masalah perbezaan pendapat di kalangan umat Islam, Syeikh Taqiyuddin Al-Nabhani memberikan komentar, “Sedangkan pemahaman terhadap hukum Islam tidak hanya bergantung pada akal semata-mata, semestinya dengan pengetahuan tentang bahasa Arab, kemampuan menggali hukum, dan pengetahuan tentang hadis-hadis yang sahih dan juga yang dha’if (lemah). Berdasarkan hal ini maka para pengembang dakwah hendaknya menganggap bahawa pemahaman mereka terhadap hukum-hakam syarak adalah pemahaman yang benar, meski ada kemungkinan salah. Begitu pula hendaknya para pengembang dakwah menganggap pemahaman orang lain itu salah, meski ada kemungkinan benar. Hal ini akan membuka peluang kepada mereka untuk berdakwah menyampaikan Islam dan hukum-hakamnya sesuai dengan pemahaman dan istinbath mereka terhadap hukum-hukum tersebut. Hendaknya mereka mencuba mengubah pemahaman orang lain yang dinilai salah meski ada kemungkinan benar, supaya mengikuti pemahamannya, iaitu pemahaman yang dianggapnya benar meskipun ada kemungkinan salah. Berdasarkan hal ini, pengembang dakwah tidak boleh mengatakan tentang pendapatnya, ‘bahawa pendapat ini adalah pendapat Islam’ (pendapat lain tidak Islam). Yang seharusnya mereka katakan adalah ‘pendapat ini merupakan pendapat yang (bersifat) Islami’. Para pemuka mazhab dari kalangan mujtahidin menganggap bahawa istinbath mereka terhadap hukum-hakam syara’ adalah benar, namun ada kemungkinan salah. Mereka masing-masing selalu mengatakan: “Apabila hadis tersebut benar (sahih) itulah mazhabku dan buang jauhlah pendapatku”. Pengembang dakwah harus menganggap bahawa pendapat yang ditentukannya atau yang telah mereka usahakan dan sampai pada pendapat yang dipilihnya itu berasal dari Islam dan sesuai dengan apa yang mereka fahami, dan itu adalah pendapat yang benar meski ada kemungkinan salah.” [Mafahim Hizbut Tahrir, hal.70].

Monday, November 9, 2009

Keturunan Syeikh Yusuf Bin Ismail An-Nabhani pengasas Hizbut Tahrir

Pertama sekali mari kita kenali siapa Syeikh Yusuf Bin Ismail An-Nabhani :-

Imam al-Qadhi Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin Ismail bin Muhammad Nashiruddin an-Nabhani dilahirkan pada tahun 12g5H / 1849M di Ijzim, Palestine. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan urusan dan ilmu agama. Ayahandanya adalah seorang ulama sholeh yang hafal al-Quran. Di antara wirid ayahandanya tersebut adalah mengkhatamkan al-Quran 3 kali khatam setiap minggu.

Di bawah asuhan ayahandanya, beliau telah menghafal al-Quran dengan baik. Dalam usia 17 tahun, beliau dihantar oleh ayahandanya ke Mesir untuk meneruskan pengajian di Universiti al-Azhar asy-Syarif yang masyhur. Di Mesir beliau belajar dengan ramai ulama terkemuka, antaranya Syaikhul Masyaikh Ustadzul Asaatidzah al-'Allaamah Syaikh Ibrahim as-Saqaa asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Sayyid Muhammad ad-Damanhuri asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Ibrahim az-Zurru al-Khalili asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Ahmad al-Ajhuri adh-Dharir asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Hasan al-'Adawi al-Maliki, al-'Allaamah Syaikh Sayyid 'Abdul Hadi Naja al-Ibyari, Syaikhul Azhar al-'Allaamah Syaikh Syamsuddin Muhammad al-Anbabi asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh 'Abdur Rahman asy-Syarbini asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh 'Abdul Qadir ar-Raafi`ie al-Hanafi ath-Tharablusi, al-'Allaamah Syaikh Yusuf al-Barqawi al-Hanbali dan ramai lagi untuk disenaraikan. Setelah tamat pengajian di al-Azhar dalam bidang Syariah, beliau kembali ke Ijzim. Di samping berdakwah dan mengajar, beliau tetap belajar kepada para ulama yang ada di merata tempat, antaranya dengan Syaikh Mahmud Effendi Hamzah.


Sepanjang kariernya, Syaikh Yusuf pernah menjawat jawatan-jawatan seperti Qadhi Besar atau Ketua Hakim di Ladhiqiyya, Palestine, Ketua Hakim bagi al-Quds, Palestine dan akhirnya menjadi Ketua Hakim Beirut, Lubnan sehinggalah bersara. Setelah bersara beliau menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menetap lama di negeri kekasihnya, Junjungan Nabi SAW, Kota Madinah al-Munawwarah. Dalam kesibukannya, beliau masih sempat untuk menulis dan karya tulisannya yang ilmiah dan berbobot amatlah banyak meliputi berbagai bidang ilmu termasuklah ilmu hadits, sirah Junjungan Nabi SAW, ilmu sanad dan tafsir. Daripada karangannya yang banyak itu, disenaraikan di sini 50 karya beliau seperti berikut:-

1.الفتح الكبير في ضم الزيادة إلى الجامع الصغير
2.منتخب الصحيحين
3.وسائل الأصول إلى شمائل الرسول صلى الله عليه و سلم
4.افضل الصلوات على سيد السادات صلى الله عليه و سلم
5.الأحاديث الأربعين في وجوب طاعة أمير المؤمنين
6.النظم البديع في مولد الشفيع صلى الله عليه و سلم
7.الهمزية الألفية (طيبة الغراء) في مدح سيد الأنبياء
8.الأحاديث الأربعين في فضائل سيد المرسلين
9.الأحاديث الأربعين في أمثال أفصح العالمين
10.قصيدة سعادة المعاد في موازنة بانت سعاد
11.مثال نعله الشريف صلى الله عليه و سلم
12.حجة الله على العالمين
13.سعادة الدارين في الصلاة على سيد الكونين صلى الله عليه و سلم
14.السابقات الجياد في مدح سيد العباد صلى الله عليه و سلم
15.خلاصة الكلام في ترجيح دين الإسلام
16.هادي المريد إلى طرق الأسانيد
17.الفضائل المحمدية
18.الورد الشافي على الأدعية و الأذكار النبوية
19.المزدوجة الغراء في الإستغاثة بأسماء الله الحسنى
20.نجوم المهتدين في معجزاته صلى الله عليه و سلم
21.إرشاد الحيارى
22.جامع الثناء على الله
23.مفرج الكروب
24.حزب الإستغاثات
25.أحسان الوسائل في نظم أسماء النبي الكامل
26.البرهان المسدد في إثبات نبوة سيدنا محمد صلى الله عليه و سلم
27.دليل التجار إلى أخلاق أخيار
28.المجموعة النبهانية في المدائح النبوية
29.سبيل النجاة في حب في الله و البغض في الله
30.القصيدة الرائية الكبرى

31.الرائية الصغرى في ذم البدعة و مدح السنة الغراء
32.جواهر البحار في فضائل النبي المختار صلى الله عليه و سلم
33.تهذيب النفوس
34.إتخاف المسلم
35.جامع كرامات الأولياء
36.العقود اللؤلؤية
37.الدلالات الواضحات
38.رياض الجنة في أذكار الكتاب و السنة
39.الشرف المؤبد لآل محمد صلى الله عليه و سلم
40.الأنوار المحمدية
41.تفسير قرة العين
42.شواهد الحق
43.الأساليب البديعة في فضل الصحابة و إقناع الشيعة
44.حسن الشرعية في مشروعية صلاة الظهر بعد الجمعة
45.تنبيه الأفكار
46.الرحمة المهداة في فضل الصلاة
47.الأربعين من أحاديث سيد المرسلين صلى الله عليه و سلم
48.الصلوات الألفية في الكمالات المحمدية
49.البشائر الإيمانية في المبشرات المنامية
50.الأسماء فيما لسيدنا محمد من الأسماء

Syaikh Yusuf juga terkenal dengan kuat beribadah dan ramai yang menyatakan bahawa beliau termasuk dalam kalangan wali Allah yang diberikan berbagai karamah. Kecintaan beliau kepada Junjungan Nabi SAW tidak boleh disangkal lagi, kerana beliau sungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah baginda serta sentiasalah beliau menyebut-nyebut akan Junjungan Nabi SAW pada lisannya dan dalam karangannya baik berupa sholawat maupun berbagai syair-syair pujian kepada Junjungan Nabi SAW. Manusia menyaksikan pada wajah beliau terpancar cahaya kesholehan. Syaikh Yusuf wafat di Beirut pada awal Ramadhan 1350H / 1932M setelah menghabiskan umurnya dalam ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT dan rasulNya SAW. Rahmat Allah ke atas beliau sentiasa dan moga ditempatkan dalam syurga yang penuh kenikmatan di samping kekasihnya Junjungan Nabi SAW. .... al-Fatihah.

Sekarang mari kita kenali pula keturunan Syeikh Yusuf Bin Ismail An-Nabhani yang mendapat didikan terus daripadanya iaitu pengasas Hizbut Tahrir Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani.

Beliau adalah Syeikh Muhammad Taqiyuddin bin Ibrahim bin Musthafa bin Ismail bin Yusuf An-Nabhani. bahasa Arab: تقي الدين النبهاني‎; Gelaran “an-nabhani” dinisbahkan kepada kabilah Bani Nabhan, yang termasuk orang Arab penghuni padang sahara di Palestin. Mereka bermukim di daerah Ijzim yang termasuk dalam wilayah Haifa di Palestin Utara.

Kelahiran dan Pembesaran

Syeikh An-Nabhani dilahirkan di daerah Ijzim pada tahun 1909. Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri iaitu seorang alim yang faqih fid-din. Ayah beliau seorang pengajar ilmu-ilmu syariah di Kementerian Pendidikan Palestin. Ibunya pula menguasai beberapa cabang ilmu syariah, yang diperoleh dari datuknya, Syeikh Yusuf bin Ismail bin Yusuf an-Nabhani. Beliau adalah seorang qadhi (hakim), penyair, sasterawan, dan salah seorang ulama terkemuka dalam Daulah Utsmaniyah.

Syeikh Yusuf an-Nabhani adalah termasuk tokoh sejarah masa akhir Khilafah Utsmaniyah. Beliau berpendapat bahawa Khalifah Utsmaniyah merupakan penjaga agama dan akidah, simbol kesatuan kaum Muslimin, dan mempertahankan institusi umat. Syeikh Yusuf bertentangan dengan Muhammad Abduh dalam metode tafsir. Muhammad Abduh menyerukan perlunya penakwilan nas agar tafsir merujuk pada tuntutan keadaan dan waktu. Beliau juga bertentangan dengan Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan murid-muridnya yang sering menyerukan reformasi agama. Menurut beliau, tuntutan reformasi itu meniru Protestan. Dalam Islam tidak ada reformasi agama (seperti dalam pemahaman Protestan). Beliau juga menentang gerakan misionaris dan sekolah-sekolah misionaris yang mulai tersebar pada ketika itu.

Oleh kerana itu, di samping seorang ulama yang faqih, Syeikh Yusuf an-Nabhani juga terkenal sebagai seorang politikus yang selalu memperhatikan dan mengurus urusan umat. Berkenaan Syeikh Yusuf An-Nabhani, beberapa penulis biografi menyebutkan,

“(Dia adalah) Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin Hasan bin Muhammad an-Nabhani asy Syafi’i. Julukan baginya ialah Abu al-Mahasin. Dia adalah seorang penyair, sufi, dan termasuk salah seorang qadhi yang terkemuka. Dia menangani peradilan (qadha’) di Qushbah Janin, yang termasuk wilayah Nablus. Kemudian beliau berpindah ke Constantinople (Istanbul) dan diangkat sebagai qadhi untuk menangani peradilan di Sinjiq yang termasuk wilayah Moshul. Beliau kemudian menjawat jawatan sebagai ketua Mahkamah Jaza’ di al-Ladziqiyah, sebelum berpindah ke al-Quds. Selanjutnya beliau menjabat sebagai ketua Mahkamah Huquq di Beirut. Beliau mengarang banyak kitab yang jumlahnya mencapai hingga 80 buah.”

Pembesaran Syeikh Taqiyuddin dalam suasana keagamaan seperti itu, ternyata mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan keperibadian dan pandangan hidupnya. Syeikh Taqiyuddin telah menghafal Al-Quran dalam usia yang amat muda, iaitu sebelum beliau mencapai umur 13 tahun. Beliau banyak mendapat pengaruh dari datuknya, Syeikh Yusuf an-Nabhani dalam banyak hal. Syeikh Taqiyuddin juga sudah mulai mengerti masalah-masalah politik yang penting, di mana datuk beliau menempuh atau pun mengalami peristiwa-peristiwa tersebut secara langsung kerana hubungannya yang rapat dengan para Khalifah Daulah Utsmaniyah saat itu. Beliau banyak menimba ilmu melalui majlis-majlis dan diskusi-diskusi fiqih yang diselenggarakan oleh datuknya.

Kecerdasan dan kecerdikan Syeikh Taqiyuddin yang menonjol tatkala mengikuti majlis-majlis ilmu tersebut telah menarik perhatian datuknya. Oleh sebab itu, datuk beliau begitu memerhatikan Syeikh Taqiyuddin dan berusaha meyakinkan ayah beliau –Syeikh Ibrahim bin Musthafa– mengenai perlunya menghantar Syeikh Taqiyuddin ke al-Azhar untuk melanjutkan pendidikan beliau dalam ilmu syariah.


Ilmu dan Pendidikan

Syeikh Taqiyuddin menerima pendidikan dasar mengenai ilmu syariah dari ayah dan datuk beliau, yang telah mengajarkan Al-Quran sehingga beliau hafal al-Quran seluruhnya sebelum baligh. Di samping itu, beliau juga mendapatkan pendidikan awalnya di sekolah tempatan iaitu di sekolah awal daerah Ijzim. Kemudian beliau berpindah ke Akka untuk melanjutkan pendidikannya ke sekolah menengah. Sebelum beliau menamatkan sekolahnya di Akka, beliau telah bertolak ke Kaherah untuk meneruskan pendidikannya di al-Azhar, menyahut saranan dari datuknya, Syeikh Yusuf an-Nabhani.

Syeikh Taqiyuddin kemudian meneruskan pendidikannya di Tsanawiyah al-Azhar pada tahun 1928 dan pada tahun yang sama beliau meraih ijazah dengan predikat sangat memuaskan (mumtaz jiddan). Lalu beliau melanjutkan pembelajarannya di Kulliyah Darul Ulum yang waktu itu merupakan cabang al-Azhar dan secara bersamaan beliau juga belajar di Universiti al-Azhar. Beliau banyak menghadiri halqah-halqah ilmiah di al-Azhar yang dianjurkan oleh tokoh-tokoh ulama al-Azhar, seperti Syeikh Muhammad Al-Khidir Husain –rahimahullah– seperti yang pernah disarankan oleh datuk beliau. Menurut sistem lama al-Azhar, para mahasiswanya dapat memilih beberapa orang syeikh al-Azhar dan menghadiri halqah-halqah mereka dalam ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu syariah lainnya seperti fiqih, usul fiqih, hadis, tafsir, tauhid dan sebagainya.

Walaupun Syeikh Taqiyuddin berada dalam sistem pembelajaran al-Azhar yang lama dengan Darul Ulum, akan tetapi beliau tetap menampakkan keunggulan dan keistimewaan dalam setiap pembelajarannya. Syeikh Taqiyuddin telah menarik perhatian kawan-kawan dan para gurunya kerana kedalamannya dalam berfikir serta kuatnya pendapat serta hujah yang beliau lontarkan dalam perdebatan-perdebatan dan diskusi-diskusi ilmiah yang diselenggarakan oleh lembaga-lembaga ilmu yang ada pada waktu itu, baik di Kaherah mahupun di negeri-negeri Islam lainnya. Syeikh Taqiyuddin menamatkan kuliahnya di Darul Ulum pada tahun 1932 dan pada tahun yang sama beliau menamatkan pula kuliahnya di al-Azhar asy-Syarif

Dalam forum-forum halqah ilmiah yang diikuti oleh Syeikh Taqiyuddin, beliau amat dikenali oleh kawan-kawan dan sahabat-sahabat terdekatnya dari kalangan al-Azhar, sebagai seorang yang berfikiran tajam dan genius. Ini kerana, beliau akan memberikan hujah dan pendapat yang begitu kuat dan mendalam yang akan membuatkan orang tertarik dan yakin terhadap pandangannya.



Ijazah Yang Dimiliki
Ijazah yang diraih oleh Syeikh Taqiyuddin antaranya adalah:

1. Ijazah Tsanawiyah al-Azhariyah

2. Ijazah al-Ghuraba’ dari al-Azhar

3. Diploma Bahasa dan Sastera Arab dari Dar al-Ulum;

4. Ijazah dalam Peradilan dari Ma‘had al-Ali li al-Qadha’ (Sekolah Tinggi Peradilan), salah satu cabang al-Azhar.

5. Pada tahun 1932 beliau meraih Syahadah al-‘Alamiyyah (Ijazah Internasional) Syariah dari Universiti al-Azhar asy-Syarif dengan mumtaz jiddan.


Aktiviti Beliau Setelah Tamat Kuliah

Setelah menyelesaikan pendidikannya, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani kembali ke Palestin, dan kemudian bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah tempatan di Haifa di bawah Kementerian Pendidikan Palestin. Di samping itu, beliau juga mengajar di sebuah Madrasah Islamiyyah lain di Haifa.

Beliau sering berpindah-randah lebih dari satu daerah dan sekolah semenjak tahun 1932 sehingga tahun 1938. Beliau kemudiannya mengajukan permohonan untuk bekerja di Mahkamah Syariah, kerana beliau melihat pengaruh imperialis Barat (“westernisasi”) dalam bidang pendidikan yang ternyata lebih besar daripada bidang peradilan. Dalam hal ini beliau berkomentar:

“Adapun golongan terpelajar, maka para penjajah di sekolah-sekolah missionaris mereka telah menetapkan sendiri kurikulum-kurikulum pendidikan dan tsaqafah berdasarkan falsafah dan hadharah (peradaban) yang khas dari kehidupan mereka, baik sebelum adanya pendudukan kaum imperialis tersebut mahupun sesudahnya. Lalu, tokoh-tokoh Barat dijadikan sumber tsaqafah (kebudayaan) sebagaimana sejarah dan kebangkitan barat dijadikan sumber asal bagi apa yang merosakkan cara berfikir kita.”

Oleh sebab itu, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani lalu menjauhi bidang pengajaran dalam Kementerian Pendidikan, dan mulai mencari pekerjaan lain dengan pengaruh peradaban Barat yang relatif lebih sedikit. Beliau tidak melihat pekerjaan yang lebih utama selain pekerjaan di Mahkamah Syariah yang dipandangnya merupakan lembaga yang menerapkan hukum-hukum syara’. Dalam hal ini beliau berkata,

“Adapun an-Nizhamul Ijtima’iy, yang mengatur hubungan lelaki dan wanita, dan segala hal yang terbit darinya (yakni al-Ahwalu asy-Syakhshiyyah), tetap menerapkan syari’at Islam sehingga sekarang, meskipun telah berlaku penjajahan dan penerapan hukum-hukum kufur. Tidak diterapkan sama sekali selain syariat Islam dalam bidang itu sehingga saat ini…”

Maka dari itu, Syeikh Taqiyuddin sangat berkeinginan untuk bekerja di Mahkamah Syariah. Dan ternyata banyak kawan beliau (yang pernah sama-sama belajar di al-Azhar) bekerja di sana. Dengan bantuan mereka, Syeikh Taqiyuddin akhirnya diberi jawatan sebagai setiausaha di Mahkamah Syariah Beisan. Beliau kemudian dipindahkan ke Thabriya. Namun demikian, kerana beliau mempunyai cita-cita dan pengetahuan dalam masalah peradilan, maka beliau mengajukan permohonan kepada al-Majlis al-Islami al-A’la, agar menerima permohonannya untuk mendapatkan tanggungjawab menangani peradilan. Dalam hal ini, beliau merasakan dirinya mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk menangani masalah peradilan.

Setelah lembaga peradilan menerima permohonannya, lalu beliau ke Haifa sebagai ketua setiausaha (Basy Katib) di Mahkamah Syariah Haifa. Kemudian pada tahun 1940, beliau diangkat sebagai Musyawir (Penolong Qadhi) dan beliau terus memegang kedudukan ini hingga tahun 1945, yakni saat beliau dipindah ke Ramallah untuk menjadi qadhi di Mahkamah Ramallah sehingga tahun 1948. Setelah itu, beliau keluar dari Ramallah menuju Syam setelah Palestin jatuh ke tangan Yahudi.

Pada tahun 1948 itu pula, sahabatnya al-Ustadz Anwar al-Khatib mengirim surat kepada beliau, yang isinya meminta beliau agar kembali ke Palestin untuk diangkat sebagai qadhi di Mahkamah Syariah al-Quds. Syeikh Taqiyuddin menerima permintaan itu dan kemudian beliau diangkat sebagai qadhi di Mahkamah Syariah al-Quds pada tahun 1948.

Kemudian, Al Ustadz Abdul Hamid As-Sa’ih iaitu Ketua Mahkamah Syariah dan Ketua Mahkamah Isti’naf pada waktu itu, telah mengangkat Syeikh Taqiyuddin sebagai anggota Mahkamah Isti’naf, dan beliau tetap memegang kedudukan itu sehingga tahun 1950. Pada tahun 1950 inilah, beliau lalu mengajukan permohonan mengundurkan diri, kerana beliau mencalonkan diri untuk menjadi anggota Majlis Niyabi (Majlis Perwakilan).

Pada tahun 1951, Syeikh an-Nabhani berkunjung ke kota Amman untuk menyampaikan ceramah-ceramahnya kepada para pelajar Madrasah Tsanawiyah di Kulliyah Ilmiyah Islamiyah. Usaha beliau ini berterusan sehingga awal tahun 1953, ketika beliau mulai sibuk dengan penubuhan Hizbut Tahrir, yang telah beliau rintis antara tahun 1949 hingga 1953

Aktiviti Politik
Sejak remaja Syeikh an-Nabhani sudah memulai aktiviti politiknya kerana pengaruh datuknya, Syeikh Yusuf an-Nabhani, yang pernah terlibat dengan diskusi-diskusi dengan orang-orang yang terpengaruh dengan peradaban Barat, seperti Muhammad Abduh, para pengikut idea pembaharuan, tokoh-tokoh Freemason, dan pihak-pihak lain yang tidak puas hati dan membangkang terhadap Daulah Utsmaniyah. Sejak usia muda, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani telah bergelut dengan masalah-masalah politik ketika dibimbing oleh datuknya. Begitu pula ketika beliau mengikuti kuliah di Dar al-Ulum dan al-Azhar, Teman-teman beliau semasa kuliah menceritakan aktiviti beliau yang tidak pernah lelah dalam diskusi politik dan keilmuan. Mereka juga sangat menghargai sumbangan beliau dalam sejumlah diskusi politik. Di dalamnya beliau senantiasa mengkritik kemunduran umat serta mendorong aktiviti politik dan intelektual untuk membangkitkan umat dan mewujudkan kembali Daulah Islam. Beliau juga menggunakan kesempatan itu untuk mendorong dan mendesak para ulama al-Azhar dan lembaganya memainkan peranan aktif dalam membangkitkan umat.

Perdebatan-perdebatan politik dan aktiviti dakwah di antara para mahasiswa di al-Azhar dan di Kulliyah Darul Ulum, telah menyingkapkan pula keprihatinan Syeikh Taqiyuddin akan masalah-masalah politik. Beberapa orang sahabatnya telah menceritakan sikap-sikapnya yang melaungkan seruan-seruan yang bersifat menentang, yang mampu memimpin situasi al-Azhar saat itu. Di samping itu, beliau juga melakukan berbagai perdebatan dengan para ulama al-Azhar mengenai apa yang harus dilakukan dengan serius untuk membangkitkan umat Islam. Setelah kembali dari pembelajarannya di al-Azhar, beliau tetap memerhatikan usaha-usaha “westernisasi” umat Islam yang dilakukan oleh para penjajah seperti Inggeris dan Perancis. Beliau juga banyak menjalin hubungan dan berdialog dengan para ulama, tokoh pergerakan dan tokoh masyarakat setempat dalam usaha beliau membangkitkan kembali umat Islam.

Sebenarnya ketika Syeikh An-Nabhani kembali dari Kaherah ke Palestin, iaitu ketika beliau menjalankan tugasnya di Kementerian Pendidikan Palestin, beliau sudah melakukan kegiatan yang cukup menarik perhatian, yakni memberikan kesedaran kepada para murid yang diajarnya dan orang-orang yang ditemuinya mengenai situasi yang ada pada saat itu. Beliau juga membangkitkan perasaan marah dan benci terhadap penjajah Barat dalam jiwa muridnya, di samping memperbaharui semangat mereka untuk berpegang teguh terhadap Islam. Beliau menyampaikan semua ini melalui khutbah-khutbah, dialog-dialog, dan perdebatan-perdebatan yang beliau lakukan. Pada setiap topik yang beliau sajikan. Hujah beliau senantiasa kuat. Beliau memang dikenal mempunyai kemampuan yang tinggi untuk meyakinkan orang lain.

Ketika beliau berpindah pekerjaan ke bidang peradilan, lalu beliau berusaha menjalin hubungan dengan para ulama yang beliau kenal dan beliau temui di Mesir. Kepada mereka beliau mengajukan idea untuk membentuk sebuah parti politik yang berasaskan Islam untuk membangkitkan kaum Muslimin dan mengembalikan kemuliaan dan kejayaan mereka.

Untuk tujuan ini pula, beliau berpindah-randah dari satu kota ke kota lain di Palestin dan mengajukan idea yang sudah mendarah daging dalam jiwa beliau itu kepada tokoh-tokoh terkemuka, baik dari kalangan ulama’ mahupun para pemikir. Kedudukan beliau di Mahkamah Isti’naf di al-Quds sangat membantu aktiviti beliau ini.

Dengan kelebihannya, beliau dapat menyelenggarakan berbagai seminar dan mengumpulkan para ulama dari berbagai kota di Palestin. Dalam kesempatan itu, beliau mengadakan dialog dengan mereka mengenai metode kebangkitan yang benar. Beliau banyak berdebat dengan para pendiri organisasi-organisasi sosial Islam (Jam’iyat Islamiyah) dan parti-parti politik yang bercorak nasionalis dan patriotik. Beliau menjelaskan kekeliruan langkah mereka, kesalahan pemikiran mereka, dan rosaknya kegiatan mereka. Selain itu, beliau juga sering melontarkan pelbagai masalah politik dalam khutbah-khutbah beliau dan pada majlis-majlis keagamaan di masjid-masjid, termasuklah di Masjidil Aqsa, masjid al-Ibrahim al-Khalil (Hebron) dan lain-lain.

Dalam kesempatan seperti itu, beliau selalu menyerang sistem-sistem pemerintahan di negeri-negeri Arab, dengan menyatakan bahawa semua itu merupakan rekayasa penjajah Barat, dan merupakan salah satu sarana penjajah Barat agar dapat terus mencengkam negeri-negeri umat Islam. Beliau juga sering membongkar strategi-strategi politik negara-negara Barat dan mengungkap niat-niat jahat mereka untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Selain itu, beliau berpandangan bahawa kaum Muslimin berkewajiban untuk mendirikan parti politik yang berasaskan Islam.

Semua ini ternyata membuat Raja Abdullah bin al-Hussain marah, lalu dipanggillah Syeikh an-Nabhani untuk menghadap kepadanya, terutama kerana khutbah yang pernah beliau sampaikan di Masjid Raya Nablus. Beliau diminta hadir di suatu majlis lalu ditanya oleh Raja Abdullah mengenai apa yang menyebabkan beliau menyerang sistem-sistem pemerintahan di negeri-negeri Arab, termasuk juga negeri Jordan. Namun Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani tidak menjawab pertanyaan itu, malah berpura-pura tidak mendengar. Ini menyebabkan Raja Abdullah mengulangi pertanyaannya hingga tiga kali. Akan tetapi Syeikh Taqiyuddin tetap tidak menjawabnya.

Maka Raja Abdullah pun naik marah dan berkata kepada beliau, “Apakah kamu akan menolong dan melindungi orang yang kami tolong dan lindungi, dan apakah kamu juga akan memusuhi orang yang kami musuhi?”

Lalu, Syeikh Taqiyuddin berkata kepada dirinya sendiri, “Kalau aku lemah untuk mengucapkan kebenaran hari ini, lalu apa yang harus aku ucapkan kepada orang-orang sesudahku nanti?”

Kemudian Syeikh Taqiyuddin bangkit dari tempat duduknya seraya berkata, “Aku berjanji kepada Allah, bahawa aku akan menolong dan melindungi agamaNya dan akan memusuhi orang yang memusuhi (agama)Nya. Dan aku amat membenci sikap nifaq dan orang-orang munafik!”

Maka merah padamlah muka Raja Abdullah mendengarkan jawaban itu, sehingga dia lalu mengeluarkan perintah untuk menangkap Syeikh Taqiyuddin dan mengusirnya keluar dari majlis tersebut. Dan kemudian Syeikh Taqiyuddin benar-benar ditangkap. Namun, Raja Abdullah kemudiannya menerima permohonan maaf dari beberapa ulama atas sikap Syeikh Taqiyuddin tersebut lalu memerintahkan pembebasannya, sehingga Syeikh Taqiyuddin tidak sempat bermalam di tahanan.

[sunting] Pembentukan Parti Politik
Syeikh Taqiyuddin lalu kembali ke Al-Quds dan sebagai kesan dari kejadian tadi, beliau mengajukan pengunduran diri dan menyatakan, “Sesungguhnya orang-orang seperti saya sebaiknya tidak bekerja melaksanakan tugas pemerintahan apa pun.”

Syeikh Taqiyuddin kemudian mengajukan pencalonan dirinya untuk menduduki Majlis Perwakilan. Namun, oleh kerana sikapnya yang tegas, aktiviti politik serta usahanya yang bersungguh-sungguh untuk membentuk sebuah parti politik, dan keteguhannya berpegang kepada agama, maka akhirnya hasil undian menunjukkan bahawa Syeikh Taqiyuddin dianggap tidak layak untuk duduk dalam Majlis Perwakilan.

Namun demikian, aktiviti politik Syeikh Taqiyuddin tidak pernah terkandas dan tekadnya pun tidak pernah luntur. Beliau terus mengadakan pertemuan dan diskusi-diskusi, sehingga akhirnya beliau berhasil meyakinkan sejumlah ulama dan qadhi terkemuka serta para tokoh politik dan pemikir untuk membentuk sebuah parti politik yang berasaskan Islam. Setelah itu, beliau memberikan kepada mereka kerangka organisasi bagi penubuhan suatu parti dan konsep-konsep pemikiran yang dapat digunakan sebagai bekal tsaqafah bagi parti tersebut. Ternyata, pemikiran-pemikiran beliau ini dapat diterima dan dipersetujui oleh para ulama tersebut. Bermula dari sini, maka aktiviti beliau mula difokuskan kepada usaha pembentukan dan penubuhan Hizbut Tahrir.

Syeikh Taqiyuddin mula melakukan persiapan yang sesuai untuk struktur parti, pemikiran parti dan sebagainya. Persiapan awal ini sebenarnya bermula sejak 1949 lagi ketika beliau masih menjawat jawatan Qadhi di al-Quds. Pada tahun 1950 beliau menulis buku beliau yang pertama, iaitu Inqadz Filisthin (Membebaskan Palestin) di mana beliau merungkai akar yang sangat dalam, bahawa Islam telah hadir di Palestin sejak abad VII lagi, dan sebab utama kemunduran yang menerkam masyarakat Arab adalah kerana mereka telah menarik diri (dari Islam) dan menyerahkan diri pada kekuasaan penjajah. Jatuhnya Palestin ke tangan Yahudi tahun 1948 memberikan keyakinan kepada beliau, bahawa hanya aktiviti yang terorganisasi dan memiliki akar pemikiran Islam yang kuat sahajalah yang akan dapat mengembalikan kekuatan dan keagungan umat Islam.

Pada tahun 1950, An-Nabhani bercadang menghadiri satu Persidangan Kebudayaan Liga Arab di Alexandria, Mesir, namun beliau telah dihalang. Padahal, Menteri Pendidikan dan Qadhi Qudhat (Hakim Agung) waktu itu, iaitu Syeikh Muhammad al-Amin as-Sanqaythi, telah pun mengizinkannya untuk hadiri. Akhirnya, beliau mengirimkan surat yang sangat panjang kepada para peserta persidangan yang kemudian dikenali sebagai Risalah al-Arab. Beliau menekankan bahawa misi yang benar dan hakiki untuk Arab adalah Islam. Hanya dengan Islam sahajalah pemikiran dan kebangkitan kembali politik umat akan boleh dicapai. Malangnya tidak ada respons sama sekali dari para anggota persidangan terhadap surat ini. Hal ini lebih menguatkan keyakinan Syeikh Taqiyuddin sebelumnya, bahawa pendirian parti politik menjadi perkara yang sangat penting dan mendasar.

[sunting] Hizbut Tahrir Di dirikan
Oleh kerana itu, pada akhir 1952 dan awal 1953, seluruh persiapan diwujudkan dalam langkah yang praktis untuk mengumumkan kewujudan dan penubuhan Hizbut Tahrir. Lalu pada tahun 1953, Hizbut Tahrir telah didirikan dengan rasminya oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani di al-Quds.

Undang-undang kepartian Utsmani waktu itu masih diterapkan di Palestin. Ia memperuntukkan bahawa, cukup dengan telah disampaikannya permintaan penubuhan parti ke lembaga tertentu, dan cukup dengan publikasi bahawa permintaan itu telah diterima dan publikasi pendirian parti dilakukan, maka itu sudah dinilai sebagai izin rasmi bagi penubuhan parti dan izin bagi parti untuk melaksanakan aktivitinya. Saat itu belum ditetapkan aturan kepartian yang baru. Justeru, pengumuman mengenai pembentukan Hizbut Tahrir telah tersiar di Harian ash-Sharih edisi 14 Mac 1953, pada saat Syeikh Taqiyuddin mengajukan permohonan rasmi kepada Departemen Dalam Negeri Jordan. Di dalam surat itu, terdapat permohonan agar Hizbut Tahrir dibolehkan melakukan aktiviti politiknya. Di dalam surat tersebut juga, terdapat pula struktur organisasi Hizbut Tahrir dengan susunan sebagai berikut:


1. Taqiyuddin An-Nabhani, sebagai pemimpin/ketua Hizbut Tahrir.
2. Dawud Hamdan, sebagai wakil pemimpin merangkap Setiausaha.
3. Ghanim Abduh, sebagai Bendahara.
4. Dr. Adil An-Nablusi, sebagai anggota.
5. Munir Syaqir, sebagai anggota.


[sunting] Parti Politik Hizbut Tahrir
Dengan permohonan yang diajukan tersebut, diharapkan agar pihak berkuasa dapat memaklumi penubuhan sebuah parti politik iaitu Hizbut Tahrir. Lalu, Hizbut Tahrir telah menyewa sebuah rumah di kota al-Quds dan memasang papan tanda yang memaparkan nama “Hizbut Tahrir”. Akan tetapi Departemen Dalam Negeri Jordan terus mengirimkan sepucuk surat kepada Hizbut Tahrir yang melarangnya untuk melakukan aktivitinya. Di bawah ini adalah teks suratnya :


--------------------------------------------------------------------------------

No: ND/70/52/916 Tarikh: 14 Mac 1953

Kepada Yang Terhormat,

Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani

dan seluruh pendiri Hizbut Tahrir

Saya telah meneliti berita yang disiarkan oleh surat khabar as-Sharih edisi hari ini yang berjudul, “Organisasi Pembebasan (Hai’atut Tahrir) : Pembentukan Parti Politik Secara Rasmi di Al Quds.”

Saya berharap dapat memberi pengertian kepada anda sekalian, bahawa apa yang disiar mengenai pembentukan parti secara rasmi di al-Quds itu, ternyata tidak dapat dibenarkan. Selain itu, kami ingin maklumkan bahawa surat balasan yang anda terima dari ketua pejabat saya, menunjukkan bahawa permohonan anda telah sampai kepada saya. Bahawasanya, Undang-Undang Dasar (Perlembagaan) yang ada tidak mengizinkan aktiviti anda sekalian. Hal itu kerana permohonan pembentukan parti, tergantung kepada kepentingan negara – seperti yang saya lampirkan melalui beberapa catatan yang dikirimkan kepada anda sekalian, yang ternyata tidak mengizinkan adanya pendirian parti.

Atas Nama Departemen Dalam Negeri,

Ali Hasanah


--------------------------------------------------------------------------------




Atas perintah pihak penguasa setelah datangnya surat tersebut, pihak polis segera menyerbu rumah yang disewa oleh Hizbut Tahrir tadi dan terus mencabut papan tanda (nama) yang ada di sana. Hizbut Tahrir lalu dilarang untuk melakukan sebarang kegiatan. Sejak saat itu, dan bahkan sehingga saat ini, Hizbut Tahrir tidak dibenarkan melakukan aktiviti politiknya secara bebas.

Namun demikian, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani sama sekali tidak peduli dan tidak memperhitungkan semua itu. Bahkan, beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk melanjutkan misinya menyebarkan risalah yang telah beliau yakini sebagai asas-asas bagi Hizb. Beliau memang sangat menaruh harapan untuk membangkitkan umat Islam melalui Hizbut Tahrir, iaitu gerakan yang telah beliau dirikan dan yang beliau telah tetapkan falsafahnya dengan karakter-karakter tertentu yang beliau gali dari nas-nas syara’ dan sirah Rasulullah SAW.

Oleh kerana itu, Syeikh Taqiyuddin kemudian menjalankan aktivitinya secara rahsia dan segera membentuk Dewan Pimpinan (qiyadah) yang baru bagi Hizb, di mana beliau sendiri yang menjadi pucuk pimpinannya. Dewan Pimpinan ini dikenal dengan sebutan Lajnah Qiyadah. Beliau terus memegang kepemimpinan Dewan Pimpinan Hizbut Tahrir ini sehingga wafatnya pada tanggal 25 Rejab 1398H, bertepatan dengan 20 Jun 1977M.

Pada tahun yang sama (1953), pada masa kabinet Tawfiq Abdul Hadi, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani bersama Ustadz Dawud Hamdan ditangkap di Al-Quds, sementara Munir Syaqir dan Ghanim Abduh ditangkap di Amman. Beberapa hari berikutnya, Dr. Abdul Aziz al-Khiyath turut ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Pada waktu itu Hizbut Tahrir berhasil meyakinkan sejumlah wakil rakyat dan orang-orang kabinet di Amman. Akhirnya, sekelompok wakil rakyat, peguam, peniaga dan sejumlah orang yang memiliki kedudukan mengirimkan petisyen yang menuntut pihak berkuasa yang berkenaan agar membebaskan Syeikh Taqiyuddin dan teman-temannya. Petisyen itu ditandatangani oleh seramai 37 orang.

Dr. Abdul Aziz Al-Khiyath menceritakan,

“Tiga hari setelah saya masuk penjara, di pejabat ketua penjara, seorang yang sangat baik, H. Salim, terjadi diskusi antara kami dan utusan ketua Kabinet, Muhammad Ali Badir, Rasyid al-Khiyath, dan seorang wakil rakyat, Rasyad Thawqan. Diskusi membahas dakwah Islamiyah dan aktiviti Hizbut Tahrir. Kami menyatakan bahawa dalam aktiviti kami tidak ada yang menyalahi undang-undang, tidak ada seruan revolusi ataupun huru-hara, bahkan tidak ada seruan kepada kekerasan. Kami tidak lain kecuali menyerukan pemikiran kami dengan metode yang damai dan hal itu dijamin oleh Perlembagaan. Mereka sefahaman dengan kami. Hari berikutnya, kami dibebaskan.”

Glubb Pasya, seorang Inggeris yang kala itu menjadi Ketua Staf Angkatan Bersenjata Jordan, yang disebut Arab Legion of Inggeris Army -dialah yang sebenar-benarnya berkuasa di Jordan- mendesak pemerintahan boneka di Jordan untuk menggunakan semua sarana yang diperlukan untuk 'mencekup' Hizbut Tahrir dan aktivitinya. Pada tahun 1954 dikeluarkan Qanun al-Wa’zhu wa al-Irsyad yang menghalang seseorang dari menyampaikan ceramah, khutbah, atau pengajaran di masjid kecuali mendapat izin rasmi dari Qadhi Qudhat. Atas dasar UU ini, sejumlah tokoh Hizbut Tahrir ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Pada November 1953, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani berpindah ke Damaskus dan menyebarkan dakwah di sana, tetapi telah diheret oleh perisik Syiria ke perbatasan Syria-Lebanon. Namun, atas bantuan Mufti Lebanon, Syeikh Hasan al-‘Alaya, akhirnya beliau diizinkan masuk ke Lebanon yang mana sebelumnya dihalang begitu rupa.

Beliau lalu menyebarkan pemikiran Islam di Lebanon dengan leluasa sehingga tahun 1958, iaitu ketika pemerintah Lebanon mulai mempersempit kehidupan beliau kerana merasakan bahaya dari pemikiran yang beliau bawa. Akhirnya, beliau berpindah dari Beirut ke Tharablus dan terpaksa mengubah penampilan bagi membolehkan beliau menjalankan kepemimpinan Hizbut Tahrir.

Selama itu, beliau terus memegang Qiyadah (Kepemimpinan) HT. Beliau juga terus memantau berita baik dari surat khabar, berbagai media, radio, dan sebagainya, yang kemudiannya menulis analisis politik dan disebarkan atas nama HT.

Sepanjang masa kepemimpinannya, beliau telah melakukan berbagai kegiatan politik yang meluas di pelbagai tempat dan negara. Penyudah yang paling gemilang dari peninggalan beliau ialah beliau telah berjaya mewariskan kepada umat Islam di seluruh dunia, sebuah parti politik yang berasaskan Islam, yang teguh, mempunyai fikrah yang jernih dan kuat, dan kini tersebar luas di merata penjuru dunia .

Semua usaha beliau ini telah menjadikan Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik internasional, dengan kekuatan Islam yang luar biasa, sehingga Hizbut Tahrir sangatlah diperhitungkan dan disegani oleh seluruh pemikir dan politikus, baik dari kaum Muslimin mahupun kuffar, baik yang bertaraf nasional mahupun internasional, walaupun dalam keadaan Hizbut Tahrir yang tetap dihalang dari beraktiviti di banyak negara di dunia.

Di bawah kepemimpinan beliau, Hizbut Tahrir telah berusaha mengambil alih kekuasaan di beberapa negara Arab, seperti di Jordan pada tahun 1969, di Mesir pada tahun 1973, dan di Iraq pada tahun 1972. Negara lain adalah seperti di Tunisia, Aljazair, dan Sudan. Sebahagian usaha ini disiarkan oleh media massa, sedang sebahagian lainnya memang sengaja tidak diumumkan oleh media.

Selain itu, Hizbut Tahrir telah mengeluarkan banyak selebaran (nasyrah) politik yang penting, yang mengungkapkan berbagai konspirasi jahat, baik dari pihak Barat mahupun agen-agen mereka dari kalangan penguasa kaum Muslimin, untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Hizbut Tahrir juga banyak mengirimkan memorandum politik penting kepada para politikus dan penguasa di pelbagai negeri-negeri umat Islam, dengan maksud agar mereka menukar sistem sekular yang sedia ada dengan sistem Khilafah, atau dengan maksud memberi nasihat dan peringatan atas tindakan-tindakan mereka yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada umat Islam.

Hakikatnya, aktiviti politik merupakan aspek yang paling menonjol dalam kehidupan Syeikh Taqiyuddin. Bahkan, sehingga ada yang berpendapat bahawa beliau adalah Hizbut Tahrir itu sendiri, kerana kemampuan beliau yang tinggi untuk melakukan analisis politik, sebagaimana yang nampak dalam penulisan selebaran politik yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir. Beliau juga banyak menelaah peristiwa-peristiwa politik, lalu mendalaminya dengan amat cermat dan mendalam, disertai pemahaman sempurna terhadap situasi-situasi politik dan idea-idea politik yang ada.

Maka, mereka yang mencermati selebaran-selebaran politik yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir, juga kitab-kitab mengenai politik yang ditulis oleh Syeikh Taqiyuddin, serta garis-garis besar langkah politik yang beliau susun untuk membina pemikiran politik syabab Hizbut Tahrir, akan dapat menyimpulkan bahawa Syeikh Taqiyuddin memang benar-benar mempunyai kemampuan yang hebat dalam masalah politik. Sungguh, beliau termasuk salah seorang pemikir dan politikus terulung pada abad ke-20.

[sunting] Meninggal Dunia
Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani meninggal pada tahun 1398H / 1977M dan dikuburkan di Perkuburan Al-Auza’i, Beirut. Beliau telah meninggalkan karya-karya agung yang dapat dianggap sebagai kekayaan pemikiran yang tak ternilai harganya. Karya-karya ini menunjukkan bahawa Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani merupakan seorang yang mempunyai pemikiran yang genius dan seorang penganalisis yang unggul. Beliaulah yang menulis seluruh pemikiran dan pemahaman Hizbut Tahrir, baik yang berkenaan dengan hukum-hukum syara’, mahupun yang lainnya seperti masalah ideologi, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, uqubat dan sebagainya. Inilah yang mendorong sebahagian peneliti untuk mengatakan bahawa Hizbut Tahrir adalah Taqiyuddin An Nabhani, dan sehingga ada yang menyatakan bahawa Hizbut Tahrir adalah satu mazhab.

[sunting] Karya-karya Beliau
Kebanyakan karya Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani berupa kitab-kitab tanzhiriyah (penetapan pemahaman/pandangan) dan tanzhimiyah (penetapan peraturan), atau kitab-kitab untuk mengajak kaum Muslimin untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan Daulah Khilafah Islamiyah. Al-Ustadz Dawud Hamdan telah menjelaskan karakter kitab-kitab Syeikh Taqiyuddin – yang termasuk kitab-kitab yang disebarluaskan oleh Hizbut Tahrir– secara mendalam dan tepat dengan pernyataannya,

“Sesungguhnya kitab ini –yakni kitab Ad Daulah Al-Islamiyyah– bukanlah sebuah kitab untuk sekadar dipelajari, akan tetapi kitab ini dan kitab lainnya yang telah disebarluaskan oleh Hizbut Tahrir –seperti kitab Usus An-Nahdhah, Nizhamul Islam, An-Nizham Al-Ijtima’i fi Al-Islam, An-Nizham Al-Iqthishady fi Al-Islam, Nizham Al-Hukm, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah, At-Takatul Al-Hizbi, Mafahim Hizhut Tahrir, Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir– menurut saya adalah kitab yang benar-benar membangkitkan kaum Muslimin dengan jalan mengembalikan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islamiyah.”

Oleh kerana itu, kitab-kitab Syeikh Taqiyuddin terlihat istimewa kerana mencakup dan meliputi berbagai aspek kehidupan dan permasalahan manusia. Kitab-kitab yang mengupas aspek-aspek kehidupan individu, politik, kenegaraan, sosial dan ekonomi tersebut, merupakan landasan ideologi dan politik bagi Hizbut Tahrir, di mana Syeikh Taqiyuddin menjadi motornya (penggeraknya).

Oleh sebab karya-karya Syeikh Taqiyuddin mencakup pelbagai bidang, maka tak hairanlah jika karya-karya beliau mencapai lebih dari 30 kitab. Ini belum termasuk memorandum-memorandum politik yang beliau tulis untuk memecahkan permasalahan politik, serta nasyrah-nasyrah dan penjelasan-penjelasan mengenai masalah-masalah pemikiran dan masalah-masalah politik yang penting.

Karya-karya Syeikh Taqiyuddin, baik yang berkenaan dengan politik mahupun pemikiran, mempunyai satu identiti yang sama iaitu dengan adanya kesedaran, kecermatan dan kejelasan, serta sangat sistematik, sehingga beliau dapat menampilkan Islam sebagai ideologi yang sempurna dan komprehensif yang diistinbath dari dalil-dalil syar’i yang terkandung dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Karya-karya beliau dapat dikategorikan sebagai “buah pemikiran” pertama yang disajikan oleh seorang pemikir Muslim pada era moden ketika itu dan hingga kini.

Karya-karya Syeikh Taqiyuddin An Nabhani yang paling terkenal, yang memuat pemikiran dan ijtihad beliau antara lain :

1. Nizhamul Islam.
2. At Takattul Al Hizbi.
3. Mahafim Hizbut Tahrir.
4. An Nizhamul Iqthishadi fil Islam.
5. An Nizhamul Ijtima’i fil Islam.
6. Nizhamul Hukm fil Islam.
7. Ad Dustur.
8. Muqaddimah Dustur.
9. Ad Daulatul Islamiyah.
10. Asy Syakhshiyah Al Islamiyah (3 jilid).
11. Mafahim Siyasiyah li Hizbut Tahrir.
12. Nazharat Siyasiyah li Hizbut Tahrir.
13. Nida’ Haar.
14. Al-Khilafah.
15. At-Tafkir.
16. Ad-Dusiyah.
17. Sur’atul Badihah.
18. Nuqthatul Inthilaq.
19. Dukhu Al-Mujtama’.
20. Inqadzu Filisthin.
21. Risalatul Arab.
22. Tasalluh Mishr.
23. Al-Ittifaqiyyah Ats-Tsana’iyyah Al-Mishriyyah As-Suriyyah wal Yamaniyyah.
24. Hallu Qadhiyah Filisthin ala Ath-Thariqah Al-Amrikiyyah wal Inkiliziyyah.
25. Nazhariyatul Firagh As-Siyasi Haula Masyru’ Aizanhawar.


Semua ini tidak termasuk ribuan selebaran-selebaran (nasyrah) mengenai pemikiran, politik, dan ekonomi serta beberapa kitab yang dikeluarkan oleh Syeikh Taqiyuddin atas nama anggota Hizbut Tahrir –dengan maksud agar kitab-kitab itu mudah beliau sebarluaskan– setelah adanya undang-undang yang melarang peredaran kitab-kitab karya beliau. Di antara kitab itu adalah :

1. As-Siyasah Al-Iqthishadiyah Al-Mutsla.
2. Naqdlul Isytirakiyah Al-Marksiyah.
3. Kaifa Hudimat Al-Khilafah.
4. Ahkamul Bayyinat.
5. Nizhamul Uqubat.
6. Ahkamush Shalat.
7. Al-Fikru Al-Islami.


Dan apabila karya-karya Syeikh Taqiyuddin tersebut ditelaah dengan ikhlas, adil dan saksama, terutama yang berkenaan dengan aspek hukum dan ilmu usul, akan nampak bahawa beliau sesungguhnya adalah seorang mujtahid yang mengikuti metode para fuqaha dan mujtahidin yang terdahulu. Hanya saja, beliau tidak pernah mengikuti salah satu mazhab/aliran dalam berijtihad, baik mazhab akidah seperti Ahlus Sunah atau Syiah, mahupun mazhab fiqh seperti Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali dan sebaginya. Dengan kata lain, beliau tidak pernah mengikuti dan tidak pernah mengisytiharkan bahawa beliau mengikuti suatu madzhab tertentu di antara madzhab-madzhab yang telah dikenal, akan tetapi beliau memilih dan menetapkan (mentabanni) usul fiqih beliau sendiri yang khusus baginya, dan dari situ beliau mengistinbat hukum-hukum syara’. Dan usul fiqh serta ijtihad beliau ini, sebahagian besarnya dijadikan pegangan oleh seluruh umat Islam yang bergabung di dalam Hizbut Tahrir.

Namun perlu diingat dan ditegaskan di sini, bahawasanya usul fiqih yang dibawa oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani tidaklah keluar dari metode fiqih yang benar sebagaimana salafu soleh, yang membatasi dalil-dalil syar’i pada Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ Shahabat, dan Qiyas syar’ie, semata-mata.

[sunting] Rujukan
1.Laman web Hizbut Tahrir Malaysia - Amir Hizbut Tahrir. [2]

2.Laman web Hizbut Tahrir Britain - Sheikh Muhammad Taqiuddin al-Nabhani. [3]

3.Utusan Malaysia. ARKIB : 17/11/2008. "Tokoh perjuangan dari Al-Azhar". Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY[4]

4.Blog syiardandakwahislam - Pendiri dan Amir Pertama Hizbut Tahrir. [5]

Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Syekh_Taqiyuddin_An_Nabhani

TOL DALAM ISLAM

Realiti Tol

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang hukum-hakam yang berkait dengan isu tol ini, perlu difahami dahulu apakah ‘status’ tol itu sendiri. Adakah tol ini sekadar kutipan wang, atau merupakan harga kepada perkhidmatan, atau umpama harga barang dagangan ataupun satu bentuk cukai yang dikenakan kepada rakyat? Jika diteliti dengan pemikiran yang sederhana sekalipun, setiap orang akan tahu bahawa tol adalah satu bentuk cukai yang dikenakan kepada pengguna lebuh raya dalam sesebuah negara. Ia bukan harga kepada perkhidmatan sebagaimana ‘bayaran’ kita menaiki teksi atau bas. Ia juga bukan harga barang dagangan untuk disamakan dengan harga bawang atau gula. Ternyata, tol hakikatnya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cukai dan ia adalah bentuk cukai yang dipungut ke atas seseorang yang melalui jalanraya/jambatan. Cuma bezanya, tol ini dikutip oleh individu (syarikat swasta) dan bukannya oleh negara (pemerintah). Apa pun, ia dikutip dengan izin/persetujuan dari negara. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan konsep tol ini tidak ada bezanya dengan cukai jalan/jambatan yang dikutip oleh kumpulan-kumpulan samseng zaman dahulu kala yang memeras wang daripada orang ramai yang melaluinya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut telah mencurahkan modal mereka dalam membangunkan infrastruktur lebuh raya yang ada, maka sewajarnyalah mereka mengenakan bayaran sepertimana seorang pengusaha hotel yang mengenakan bayaran kepada mereka yang menginap di hotelnya. Inilah kesalahan pandangan orang yang tidak memahami hakikat tol. Di sinilah pentingnya umat Islam memahami realiti tol, dan seterusnya merujuk pula kepada dalil-dalil syara’ untuk melihat sama ada cukai jalan yang dipungut oleh ‘samseng jalanan’ ini halal atau haram.

Hukum Syara’ Tentang Kemudahan Awam

Islam telah mewajibkan ke atas negara (pemerintah) agar menyediakan segala bentuk kemudahan awam untuk kemaslahatan rakyat. Jalan raya adalah salah satu darinya. Segala infrastruktur lain seperti sistem pengangkutan, bekalan air, elektrik (sumber tenaga), hospital sekolah dan sebagainya wajib disediakan oleh negara secara percuma untuk setiap warganegara. Negara tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini atau mengalihkannya kepada individu atau pihak swasta untuk disempurnakan. Islam berbeza sama sekali dengan sistem Kapitalis yang diamalkan pada hari ini di mana sistem Kapitalis membenarkan mana-mana individu atau pun syarikat swasta untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur asas negara dan mengaut keuntungan darinya. Dalam sistem Islam, pemerintah itu bertugas untuk melayan rakyat dan salah satu bentuk pelayanan terhadap rakyat adalah penyediaan kemudahan-kemudahan asas ini. Perbelanjaan untuk membina dan menguruskannya diambil dari Baitul Mal. Di sinilah Baitul Mal berperanan dalam menguruskan perbelanjaan negara dalam melaksanakan semua kewajipan negara yang diperuntukkan oleh syara’.

Perlu difahami bahawa dengan mengatakan segenap keperluan ini menjadi tanggungjawab negara tidaklah bermaksud negara perlu membina semua kemudahan tersebut dengan sendiri. Negara dibenarkan mengupah syarikat-syarikat swasta untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut bagi pihak negara dan mereka berhak untuk mendapat upah membangunkan infrastruktur tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk mendapat upah atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan. Apa yang tidak dibenarkan oleh syara’ adalah syarikat-syarikat tersebut ‘memiliki’ kemudahan tersebut dan mendapat keuntungan daripada bayaran yang dipungut dari rakyat yang menggunakan kemudahan yang disediakan. Inilah yang salah (sebagaimana di amalkan sekarang). Ini kerana pada asasnya, ia menjadi kewajipan negara untuk menyediakannya dan rakyat telah diberikan hak oleh syara’ ke atas kemudahan-kemudahan untuk dinikmati secara percuma. Pemberian hak kepada syarikat swasta untuk ‘memperniagakan’ kemudahan-kemudahan ini adalah satu pencabulan ke atas ketentuan syara’. Tindakan seperti ini tidak ada bezanya dengan seorang bapa yang mengupah seorang tukang rumah membina rumah mereka, lalu mengenakan bayaran kepada anak isterinya selama mana mereka tinggal di rumah tersebut!

Di sinilah umat Islam perlu memahami dan membezakan di antara hak dan kewajipan. Menyediakan kemudahan asas adalah kewajipan/tanggungjawab pemerintah dan menikmati kemudahan tersebut adalah hak rakyat. Apabila disebut kewajipan, maka ia adalah berkait dengan soal hukum syara’ (dan wajib merujuk kepada hukum syara’) dan nas syara’ dalam hal ini menjelaskan bahawa ia wajib disediakan secara percuma oleh orang yang ditaklifkan kewajipan tersebut (pemerintah). Jadi, haram bagi pemerintah memungut apa-apa bayaran di dalam menunaikan kewajipan ini. Ia umpama kewajipan/tanggungjawab seorang bapa untuk menyediakan rumah, makan dan pakai kepada anak isterinya. Haram bagi si bapa (yang ditaklifkan kewajipan tersebut) untuk memberi makan atau membeli baju untuk anak isterinya, kemudian mengenakan bayaran terhadap mereka. Haram juga bagi bapa/suami yang tinggal sebumbung dengan anak dan isteri, kemudian mengenakan bayaran sewa rumah kepada orang yang wajib dipeliharanya. Tempat tinggal dan nafkah adalah hak anak/isteri yang wajib di beri secara percuma. Begitulah haramnya bagi kerajaan membina segala kemudahan asas, kemudian mengenakan bayaran terhadap rakyatnya, walhal itu adalah kewajipan/tanggungjawab kerajaan di dalam melayani orang yang wajib dipeliharanya (rakyatnya) dan bagi rakyat pula, ia adalah hak yang mesti dinikmati secara percuma.

Tol Dari Perspektif Syara’

Adalah teramat jelas di dalam Islam bahawa tugas dan amanah yang diletakkan oleh Allah ke atas bahu pemimpin adalah untuk menjaga/memelihara rakyat. Di dalam sektor kemudahan awam, negara bertugas untuk membina segala infrastruktur dan menyelianya dan tidak boleh sama sekali bagi negara untuk menjadikannya sebagai milik swasta/negara, apatah lagi mengambil untung darinya. Dalam sesebuah pemerintahan yang mengamalkan ideologi Kapitalis (termasuk Malaysia), kerajaan dan kroni kerap menjadi penghisap darah rakyat. Kerajaan dan kroni semakin untung dan kaya raya manakala rakyat semakin menderita dan sengsara. Kerajaan bukan lagi menjadi pemelihara rakyat, namun menjadi pihak yang menzalimi dan menindas rakyat. Ada pun di dalam Islam, hubungan kerajaan dengan rakyat bukan merupakan hubungan pengaut untung sebagaimana antara penjual dan pembeli ataupun hubungan antara pemungut cukai dengan pembayar cukai, apatah lagi hubungan ‘penghisap darah’ dengan mangsanya. Hubungan yang wujud adalah satu ikatan yang mulia yakni hubungan antara pelayan/pemelihara dengan orang yang wajib dilayan/dipelihara. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya (rakyatnya)” [HR Bukhari].

Pemerintah kaum Muslimin yang zalim dan jahil cuba menjelaskan kepada rakyat bahawa mereka memungut cukai bukan untuk kepentingan mereka tetapi untuk kepentingan rakyat. Alangkah pelik dan naifnya dalih ini! Bukan setakat itu, malah pelbagai dalih lain lagi terus-menerus diberikan untuk ‘mengindahkan’ kezaliman mereka. Mereka berdalih atas alasan pembangunan dan kesejahteraan, mereka berdalih bahawa mereka tidak pernah mengambil untung, ia adalah milik syarikat konsesi. Kerajaan menyatakan bahawa mereka telah banyak memberi subsidi dan menanggung rugi. Persoalannya, jika demikian, kenapakah kerajaan menandatangani satu perjanjian yang nyata-nyata boleh merugikan mereka? Kenapakah kerajaan membuat satu perjanjian yang mereka tahu bahawa ia adalah berat sebelah dan menyengsarakan rakyat? Dalam menandatangani perjanjian tersebut, kepentingan siapakah yang dijaga oleh kerajaan, kepentingan rakyat atau kepentingan para kapitalis yang sudah sememangnya kaya? Lebih buruk, mereka menyatakan bahawa di dalam Islam tidak salah untuk memungut cukai malah dibolehkan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Nampaknya mereka ini tidak pernah merujuk kepada hukum syara’ di dalam membuat perjanjian, tapi hanya mengikut hawa semata-mata.

Sesungguhnya memungut cukai adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di sisi Islam dan terdapat banyak nas yang mengharamkannya. Sabda Rasul Sallalahu 'alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah juga bersabda, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda, “Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia” [HR Ahmad]. Begitulah jelasnya nas yang mengharamkan cukai di dalam Islam.

Selain nas haramnya memungut cukai, terdapat nas lain yang menjelaskan bahawa tidak boleh mengambil harta kaum Muslimin tanpa izin mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya.” Rasulullah juga bersabda, “Harta, kehormatan dan darah seorang Muslim diharamkan ke atas Muslim lainnya” [HR Abu Daud & Ibnu Majah]. Di dalam al-Qur’anul Kareem, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...” [TMQ an-Nisa’ (4):29]. Tindakan mengenakan tol (cukai) adalah jelas merupakan satu tindakan di mana harta seseorang Muslim itu diambil secara paksa dari mereka dan perbuatan ini nyata-nyata haram di dalam Islam.

Orang-orang jahil sering melontarkan pertanyaan - jika tidak dipungut cukai, dari manakah negara akan memperolehi pendapatannya? Jika mereka ini benar-benar ikhlas di dalam pertanyaan, maka mereka sepatutnya belajar Sistem Ekonomi Islam (Nizamul Iqtisad Fil Islam) dengan betul dan benar (bukan mengikut acuan Kapitalis), yang mana mereka wajib merujuk kepada sistem ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Insya Allah mereka akan dapati bahawa Islam telah lama menyelesaikan masalah ekonomi manusia dengan tuntas dan sempurna. Mereka akan dapati bahawa dalam ekonomi Islam, pendapatan negara diperoleh dari Anfal, Ghanimah, Fai', Kharaj, Jizyah, 'Usyur, Khumus, Rikaz dan beberapa sumber lain yang diizinkan syara’ termasuk Dharibah. Selain daripada harta yang diizinkan oleh Allah untuk mengambilnya, maka secara mutlaknya harta yang lain tidak boleh diambil (haram). Ini kerana harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil walaupun sedikit melainkan dengan cara yang hak mengikut ketetapan syara’, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil secara terperinci. Sementara itu tidak ada satu dalil pun yang menjelaskan bolehnya mengambil cukai daripada seorang Muslim selain daripada mekanisme yang telah ditetapkan oleh syara’.

Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dalam menjelaskan bentuk harta yang boleh dipungut dan yang tidak boleh dipungut daripada rakyat. Dalam permasalahan tol ini, secara mutlak, pungutan tol (cukai) adalah satu aktiviti yang diharamkan oleh syara’ tidak kira sama ada ianya dilaksanakan oleh negara ataupun oleh pihak swasta (syarikat konsesi). Ini kerana lebuh raya, jambatan dan sebagainya adalah termasuk infrastruktur negara yang wajib disediakan oleh negara dan dinikmati oleh setiap rakyat secara percuma. Tidak timbul persoalan bahawa mereka yang tidak mahu atau tidak mampu membayar tol boleh menggunakan laluan alternatif yang tidak dikenakan tol. Ini kerana, dalam pemenuhan tanggungjawab ini, syara’ tidak membezakan kelayakan mereka yang boleh menikmati kemudahan tersebut. Kaya atau miskin, mampu atau tidak masing-masing mempunyai hak yang sama untuk menikmati prasarana ini. Malah, membezakan penyediaan infrastruktur bagi orang-orang yang mampu dan tidak mampu hanyalah satu bentuk kezaliman, penindasan dan diskriminasi, malah ia akan menyuburkan nilai kasta di dalam masyarakat.

Kedudukan Baitul Mal & Dharibah

Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi hak Baitul Mal (untuk diuruskan). Apabila suatu harta telah diambil, maka dengan penerimaan ini, harta tersebut akan dikategorikan sebagai hak Baitul Mal, tidak kira sama ada harta tersebut telah dimasukkan ke dalam tempat simpanan harta ataupun tidak. Ini kerana yang dimaksudkan dengan ‘Baitul Mal’ adalah suatu ‘autoriti’, bukan sahaja sekadar sebuah ‘tempat simpanan’. Jadi, keseluruhan hak harta yang perlu diuruskan bagi kaum Muslimin merupakan hak (atau autoriti) Baitul Mal.

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan Baitul Mal dengan terperinci. Rasulullah dan Abu Bakar adalah orang yang senantiasa memungut dan membelanjakan harta Baitul Mal untuk kepentingan kaum Muslimin, mengikut ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula, apabila Daulah Islam telah semakin besar dan jumlah orang yang memasuki Islam semakin ramai, beliau telah memperkemas dan mensistematikkan lagi kedudukan Baitul Mal demi untuk mengatur kemaslahatan kaum Muslimin dengan sebaik-baiknya. Di dalam mengurus ekonomi negara, pemerintah wajib terikat dengan hukum Allah di mana segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dari Baitul Mal hendaklah sesuai dengan tuntutan syara’. Dalam menguruskan keperluan rakyat, syara’ telah mengklasifikasikan perbelanjaan Baitul Mal kepada dua; Pertama, keperluan yang dituntut dari Baitul Mal (yang mana perbelanjaannya mesti diambil daripada sumber-sumber tetap Baitul Mal yang dinyatakan tadi) dan kedua, keperluan yang dituntut daripada semua orang Islam yang mana negara diberikan hak untuk memungut sebahagian daripada harta orang-orang Islam untuk pemenuhannya. Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh negara dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak (urgent) sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja, (i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin (ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran (iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya (iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya (v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana (i) Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam dan juga Ijmak Sahabat (ii) Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan (iii) Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja (iv) Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

Berbalik kepada perbincangan tentang jalan raya sebagai sebuah prasarana awam, sekiranya satu lebuh raya dibina atas dasar untuk menambah jalan raya yang sedia ada sedangkan jalan raya alternatif masih boleh digunakan, maka hal ini mengikut ulama fikih, termasuk dalam kategori pertama, iaitu ia termasuk dalam kewajipan Baitul Mal yang hanya dilakukan bila tabungannya ada. Jika tabungan tidak ada atau tidak mencukupi, maka projek ini tidak akan dilaksanakan. Jika tabungan Baitul Mal tidak mencukupi dan jalan raya yang sedia ada masih boleh digunakan, namun jika negara tetap membina jalan raya yang baru dan mengenakan cukai kepada rakyat, maka negara sebenarnya telah merompak kekayaan rakyatnya dan ini adalah satu kezaliman. Jika lebuh raya yang ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak dan negara memandang bahawa demi kemaslahatan rakyat, rakyat perlu kepada lebuh raya baru, maka negara perlu membinanya dengan duit dari Baitul Mal. Dalam keadaan ini, jika Baitul Mal telah kehabisan wang, maka negara bolehlah memungut dharibah dari rakyat, tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan perbelanjaan tadi sahaja, bukan untuk mengaut keuntungan atau menghisap darah rakyat. Tugas negara di sini hanyalah untuk menghilangkan kemudharatan rakyat, sesuai dengan hadis, “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan” [HR Ibnu Majah dan Daruqutni]. Kewajipan ke atas negara adalah untuk mencabut/menghilangkan kemudaratan dari kaum Muslimin, bukannya ‘memudharatkan’ lagi kaum Muslimin dengan memungut cukai yang haram itu [Ringkasan dari kitab Nizhamul Iqtisad Fil Islam, Syeikh Taqajiyuddin an-Nabhani].

Diambil dari mykhilafah.com

cukai dan hukumnya dalam islam

Soalan:

Apa hukum cukai, kerana dalam sebuah kitab ada mencela dengan berbunyi: “Tiada seorang minta hajatnya kepada Allah melainkan pasti akan diberinya kecuali jika ia seorang sihir (tukang tenung) atau penagih cukai”?

Jawapan:

Cukai adalah tegah di dalam Islam, bagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawâjir bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafi’e yang terkenal pada muka 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyîdîn muka 157, 158 dan 253.

Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”

Dan dalam Qurrah Al-‘Ain bi Fatâwa ‘Ulamâ’ Al-Haramain muka 332 dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-‘Allamah Asy-Syeikh Ath- Thahir Az-Zawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah.

SEJARAH KELAM BOLA SEPAK

Sejarah bola sepak bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.

Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England. Idea ini kemudian telah dikembangkan oleh beberapa kelab bola sepak di London untuk menetapkan peraturan-peraturan baru tersebut di dalam permainan bola sepak. Ini membawa kepada mesyuarat bola sepak pertama di England pada 26 Oktober 1863 di sebuah Ibu pejabat Freemason yang terletak di Great Queen Street, London. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak British. Sejak itu, pertandingan bola sepak mula diadakan di pelbagai peringkat.

Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia. Tambahan lagi, negara ini pernah menjadi ’tuan’ kepada banyak negara lain, termasuklah Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika negara ini cukup menarik perhatian ramai pemain mahupun peminat bolasepak, termasuk di tanahair. Yang hairannya, kaum Muslimin semacam lupa bahawa inilah negara pembunuh kedua terbesar umat Islam, selepas AS. Negara penyokong kuat AS dan senantiasa menanti peluang untuk menyembelih umat Islam.

’Bak Sihir yang Memukau’

Lenggok yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah-olah telah ‘digam’ di kaca TV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta-juta peminat terpukau dek pesona aksi bintang-bintang pujaan masing-masing. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawa, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. Semua kopi cap berjenama pasti laris untuk memastikan mata dapat disengkang di dalam masa sebulan ini, suatu amalan yang amat sukar dilakukan sebelum ini. Kesungguhan berjaga dan bangun malam ini amat menakjubkan! Alangkah baiknya jika senantiasa diamalkan oleh kaum Muslimin untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbnya.

’Aura’ temasya ini sangat berbeza dan jauh lebih hebat dari aura ’Akademi Fantasia’ ataupun ‘Malaysian Idol’. Ia seolah-olah telah berjaya meletakkan dunia di bawah pengaruhnya dengan pesona aksi pemain. Pemain-pemain ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. Setiap mata begitu takut untuk berkelip terutama ketika aksi serangan dilakukan, semata-mata khuatir akan terlepas aksi menjaringkan gol. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Saat yang paling dinanti-nanti! Kata-kata yang menggembirakan hati musuh-musuh Allah dikala melihat dan mendengar ianya dilaungkan oleh umat Islam. Alangkah mulianya jika kaum Muslimin melaungkan takbir penyatuan dan kebesaran Allah, ALLAHU AKBAR!!!, di kala melihat kekejaman yang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas saudaranya. Kata-kata yang paling dibenci dan ditakuti oleh musuh-musuh Allah. Itulah saat yang paling digeruni oleh Barat, apabila kaum Muslimin bangkit dari kealpaan mereka dan melafazkan apa yang pernah Rasulullah lafazkan!

Hari ini, fokus perbincangan umat Islam telah bertukar. Di mana-mana orang bercakap tentang bola, dari kedai kopi hinggalah ke pejabat menteri. ’Jatuh standard’ sekiranya tidak ikut serta dalam perbincangan, apatah lagi jika tidak mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang perlawanan. Kejadian-kejadian lain yang menimpa umat Islam sudah tidak lagi menarik perhatian. Hidangannya telah basi dan perlu diketepikan, jika pun tidak dibuang. Gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia, peristiwa pembunuhan di Iraq, Afghanistan, penderaan ke atas tahanan Islam di penjara Teluk Guatanamo, penghinaan ke atas Al-Qur’an, penghinaan ke atas Rasulullah dan banyak lagi peristiwa lainnya semakin pudar dari ingatan. Yang perlu diingat sekarang ialah keputusan-keputusan perlawanan terkini untuk menentukan pasukan mana yang akan berentap pada perlawanan akhir. Inilah yang paling dinanti – kemuncak kepada segala kealpaan. Berapa ramai yang akan mengambil cuti atau MC demi bola tercinta. Jika ada isteri yang ingin melahirkan anak sulung sekalipun, didoakan kepada Tuhan supaya tidak bersalin pada ketika ini, semata-mata tidak mahu terlepas dari ’kenikmatan dunia’ ini

Wahai kaum Muslimin! Jangan sekali-kali kamu terpukau dengan ’sihir’ baru ini sehingga melupakan kewajiban kamu, melupakan nasib yang menimpa saudara kamu. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menafikan seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya. Sabda baginda,

“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)” [HR Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah ra]

Hukum ‘Lahwun’ dan ’Lahwun Munadzzomun’

Bola sepak merupakan suatu permainan am iaitu "Lahwun" dalam bahasa Arabnya. Penggunaan kata lahwun terdapat di dalam Al Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda "Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun" [HR. Al-Bazzar, At- Thabrani dan Sa'ad]. Lahwun di sini membawa maksud permainan. Sedangkan dalam surah Luqman:6: "Dan di antara manusia ada orang-orang yang mempergunakan lahwal Hadis". Erti lahwun di sini adalah senda gurau (dalam konteks orang kafir yang mengolok-olokkan ayat-ayat Allah) . Erti yang mencakup seluruh makna lahwun di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah menyibukkan diri dalam mengerjakan sesuatu yang dilarang (haram/makruh) atau melakukan permainan yang mubah (boleh) yang mengakibatkan seseorang menjauhkan diri dari aktiviti melaksanakan perkara yang wajib dan sunnah.

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Di dalam masalah ini jenis sukan yang diunjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap muslim untuk menjadi seorang mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, gusti dan silat. Tentu sahaja semua ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Imam As-Syathibi menyatakan: "Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang." Selanjutnya beliau juga menambahkan: "Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama'. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi." Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan sanad yang sahih: "Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri." Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84]. Selain yang dibolehkan, ada juga lahwun yang diharamkan oleh Islam seperti permainan judi dan juga apa-apa permainan mubah yang dibolehkan tetapi mengarah kepada yang haram atau meninggalkan kewajipan. Yang terakhir ini termasuk dalam kaedah syara': "Setiap sesuatu yang menghantarkan kepada yang haram, hukumnya haram ".

Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) bermaksud suatu hiburan dan permainan yang telah diatur sedemikian rupa dengan pelbagai jenis program serta waktu penyelenggaraannya. Untuk itu maka dilantik beberapa orang pegawai, sehingga menjadi suatu misi penting menurut pandangan para pengaturnya. Cirinya yang paling menonjol adalah bersifat umum dan menyeluruh di pelbagai sektor kehidupan serta melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Ia memiliki tujuan yang dapat menimbulkan berbagai macam bahaya terhadap umat dengan tidak memerhatikan tolok ukur yang benar iaitu halal dan haram. Permainan ini mempunyai pasukan tertentu (misalnya 3, 6 atau 11 orang pemain), pelatih, pengurus pasukan untuk peringkat kampung, mukim, daerah, negeri hingga peringkat kebangsaan bahkan ke peringkat benua dan antarabangsa. Setiap peringkat mempunyai pegawai yang tetap, masa-masa latihan dan jadual pertandingan sesuai dengan turutan di atas. Setiap pasukan mempunyai penyokong yang setia yang akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang hanya untuk menyaksikan aksi pasukan idola mereka dan seterusnya mengharap akan kemenangannya. Mereka bermain ataupun menonton tanpa mengendahkan hukum-hukum syara' baik dalam ucapan, tingkah laku, berpakaian (apatah lagi wanita), mahupun penggunaan waktu.

Yang lebih dasyat, lahwun munadzzomun ini merupakan permainan yang jelas-jelas berasaskan assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Setiap orang akan bermain mati-matian untuk mempertahankan tempat, negeri, negara atau bangsa masing-masing. Bagi penonton, mereka akan merasa puas dan bangga bila pasukan tempat/negara mereka mengalahkan pasukan dari negara atau bangsa lain. Bagi pemain, perasaan tersebut lebih ketara. Mereka benar-benar berjuang dan merasa puas dengan kemenangan yang dicapai ’demi membela kehormatan bangsa dan negara'. Inilah hakikat lahwun munadzzomun, satu keharaman yang jelas lagi nyata!.

Umat Islam seharusnya menyedari tentang fakta lahwun munadzzomun agar dapat menghadapi bahaya yang tersembunyi. Umat hendaklah menyedari bahawa permainan atau hiburan yang terorganisasi itu telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dan memiliki tujuan-tujuan yang sangat merbahaya yang mengancam nilai kehidupan yang sangat berharga dan mulia iaitu Islam.. Umat juga hendaklah mengetahui siapakah di sebalik segala pandangan tersebut serta mengetahui bagaimana cara menghadapinya. Mungkin ada kebenarannya pernyataan dalam Protokol ke 13 dari Protocols of Zion (diterbitkan pertama kali oleh Prof. Sergyei Nihrs di Rusia pada tahun 1902) dengan jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang untuk mengundang masyarakat, melalui akhbar-akhbar ketika itu, untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan yang sudah diprogramkan. Kesenangan baru tersebut secara pasti melenakan masyarakat dari masalah-masalah konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Secara beransur-ansur perkara itu akan menghancurkan kekuasaan berfikir masyarakat. Dengan demikian akan menjadikan warga Zionis sebagai anggota masyarakat yang siap dengan konsep-konsep baru.

Khatimah

Wahai mereka yang terpesona! Ingatlah akan firman Allah, "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya" [TMQ Al-Israa':36]. Janganlah kalian terpedaya dengan program-program kaum Kuffar yang cuba untuk melalaikan umat Islam terhadap segala kekejaman, penindasan dan pembunuhan yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Sedarlah bahawa sudah sekian lama iaitu kira-kira 82 tahun umat Islam di dunia ini telah diperkotak-katikkan, diperbodoh-bodohkan dan dibunuh habis-habisan tanpa pembelaan akibat lenyapnya satu kekuasaan Islam yang bergelar Khilafah. Inilah kekuatan yang telah runtuh, diruntuhkan oleh kaum Kuffar dan agen mereka.

Wahai kaum Muslimin! Bayangkanlah sekiranya Rasulullah masih bersama kita, adakah Rasulullah akan merestui apa yang kita lakukan. Apakah perbuatan sesetengah kita yang begitu gilakan bola ini akan mendapat pujian dari Rasulullah? Atau adakah Rasulullah akan membiarkan umatnya tenggelam dalam pesona kegilaan ini? Pernahkah kita terfikir tentang apakah harapan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada umatnya di akhir zaman? Adakah baginda mengharapkan umat Islam menjadi ’kaki bola’? Atau sebaliknya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengharapkan umat Islam berjuang untuk menegakkan semula Deen Allah di muka bumi ini? Junjungan kita begitu kasihkan kita dengan meletakkan setinggi-tinggi harapan agar kita benar-benar berpegang kepada Islam. Malangnya, sebahagian dari kaum Muslimin tidak mengasihi baginda sebagaimana yang baginda harapkan. Saudaraku, inilah harapan Rasulullulah kepada kalian semua – mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan Daulah Khilafah sebagaimana yang baginda telah wariskan kepada para Khulafa’ur-Rashidun...
Diambil dari mykhilafah.com

Wednesday, November 4, 2009

HIKMAH SOLAT TAHAJUD

SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

"Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/7212-hikmah-solat-tahajud.html

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-



Jauh daripada segala penyakit

Lahir kesan takwa pada wajahnya

Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

Dipermudahkan hisab

Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:
“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”


(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”


Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Sumber : Mufti Brunei

Sembahyang sunat sebelum maghrib

Dua rakaat ringkas sebelum solat fardhu maghrib dan dua rakaat selepasnya
atau lebih.Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik katanya yg bermaksud:

"Semasa kami di madinah,muazzin menyerukan azan untuk solat maghrib.orang ramai segera ke tiang-tiang lalu masing-masing bersolat dua rakaat hingga orang asing yang baru masuk ke masjid menyangka solat telah selesai disebabkan ramai yg melakukan solat dua rakaat tersebut"."

Hadis sahih ini driwayatkan oleh imam al-bukhari dan muslim

RUJUKAN: Buku SOLAT SUNAT PILIHAN
Penulis Dr. Zulkifli Mohamad al- Bakri

Wednesday, October 28, 2009

BAJET SANG KAPITALIS

[SN192] Pada 23hb Oktober lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan bajet 2010 di Parlimen. Seperti biasa setiap kali pembentangan bajet, pastinya ada sebahagian yang menyambut baik, sebahagian yang kecewa dan sebahagian lagi yang malas berkata apa-apa. Seperti biasa juga, bagi sesetengah pihak, tidak ada yang istimewanya dengan bajet pada kali ini kerana ia hanyalah merupakan perubahan angka-angka dari bajet-bajet sebelumnya. Namun, bagi Najib sendiri, ia merupakan satu bajet dan satu detik yang penuh makna kerana pertama kali membentangkannya sebagai Perdana Menteri. Bagi para pengampu pula, pembentangan bajet kali ini yang bertemakan “1Malaysia, Kemakmuran Bersama” dianggap tepat kerana ia dikatakan dapat membantu meringankan beban rakyat menghadapi tekanan akibat kejatuhan ekonomi dunia ketika ini. Telah menjadi lumrah bagi setiap Perdana Menteri Malaysia untuk meletakkan ‘tema’ di dalam pembentangan bajet mereka, dan tema yang dipilih tentunya tema yang dapat memikat hati rakyat. Ini penting kerana ‘isi’ bajet telah pun memihak kepada pemerintah, justeru ‘tema’nya hendaklah memihak kepada rakyat.
Rakyat mesti terus digula-gulakan dan hasil negara hendaklah diberi sedikit kepada rakyat agar rakyat bisa ditutup mulutnya. Manakala hasil selebihnya dikaut kroni-kroni Kapitalis. Untuk tahun 2009, hasil kerajaan persekutuan dianggarkan berjumlah sebanyak RM162,100 juta dan 63.1% daripadanya adalah melalui kutipan cukai, yang merupakan jumlah yang tertinggi [UM 25/10/09]. Dari manakah datangnya jumlah cukai yang ratusan juta jumlahnya ini jika bukan dari duit kita semua yang dihisap darah dan keringatnya oleh pemerintah?

Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan pro dan kontra yang terhasil dari bajet 2010 ini, tetapi kami ingin membincangkan isu bajet ini dari sudut pandangan Islam dengan menjelaskan perbezaannya dengan bajet Kapitalis di bawah sistem demokrasi. Sejak sistem demokrasi kufur mendominasi umat Islam dari tanggal runtuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), ditambah dengan kemunduran berfikir umat terhadap Islam, kaum Muslimin sudah tidak lagi memandang pembentangan bajet dari perspektif Islam. Malah, ramai yang langsung tidak tahu atau tidak dapat mengaitkannya dengan Islam, seolah-olah Islam tidak pernah menyentuh hal ini dan ia dibiarkan kepada kebijaksanaan manusia untuk menguruskannya. Umat Islam seolah-olah sudah lupa bahawa Daulah Khilafah dahulu menaungi dunia dengan pengurusan ekonomi yang cukup hebat. Siapa tidak tahu akan kehebatan Saidina Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz dalam mengurus ekonomi negara? Siapa tidak tahu kekayaan melimpah ruah Daulah Khilafah semasa kekhilafahan Abbasiyyah dan Uthmaniyyah? Dari manakah datangnya kejayaan hebat ini jika bukan diwarisi dari pengurusan ekonomi yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, yang mengurus ekonomi berdasarkan pengaturan yang turun dari tujuh petala langit? Sesungguhnya umat Islam telah lupa bahawa di dalam Islam terdapat sistem ekonominya yang tersendiri yang datangnya dari wahyu. Kealpaan ini berlaku kerana umat Islam sudah dirasuk oleh sistem demokrasi yang dibawa Barat yang menjadikan Parlimen sebagai sebuah tempat suci untuk manusia membuat hukum! Maka umat Islam sudah tidak lagi dapat berfikir akan persoalan, apakah di dalam Negara Islam terdapat pembentangan bajet sebagaimana Negara Demokrasi yang mesti diluluskan oleh majoriti manusia. Apakah para Khalifah dan Rasulullah SAW pernah membentangkan bajet negara untuk diluluskan secara majoriti?

Perlukah Pembentangan Belanjawan Negara?

Negara yang menganut demokrasi biasanya membentangkan bajet negara setiap tahun. Secara fakta, bajet dalam negara demokrasi dibentangkan di Parlimen dalam rangka untuk menjadikannya satu undang-undang untuk tahun-tahun tertentu. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Rang Undang-undang Perbekalan (2010). Parlimen kemudian akan meluluskan rang undang-undang ini setelah ia didebatkan dari setiap aspek, termasuklah dari aspek pembahagian jumlah peruntukannya satu per satu. Setiap bahagian sebenarnya merupakan bajet yang tak terpisah di antara satu sama lain dan ia diundi (untuk diluluskan) secara keseluruhan, bukannya satu demi satu. Oleh itu, Parlimen berhak menolaknya secara keseluruhan walaupun ia (ahli-ahli Parlimen) mempunyai hak untuk memperdebatkan itemnya dan jumlahnya satu per satu.

Rang undang-undang bajet biasanya terdiri dari beberapa fasal di mana setiap satunya digubal untuk menunjukkan berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan (atau diasingkan) untuk perbelanjaan negara pada tahun kewangan yang akan datang. Ada fasal yang digubal yang mengasingkan perbelanjaan (expenses) sesetengah institusi dan fasal lain pula dibuat untuk menganggar hasil/pendapatan (revenues) sesetengah institusi. Terdapat juga sesetengah fasal yang digubal untuk memberi kuasa mandatori kepada Menteri Kewangan dalam beberapa perkara. Di dalam setiap fasal, biasa terdapat rujukan kepada jadual yang mengandungi anggaran hasil dan perbelanjaan setiap item serta jumlah keseluruhan (total) masing-masing. Atas asas inilah penggubalan bajet dilakukan setiap tahun oleh negara penganut demokrasi, dengan beberapa perubahan kecil yang diperkenalkan setiap tahun bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku dalam negara yang berkenaan.

Sesungguhnya tidak ada konsep ‘pembentangan’ bajet tahunan di dalam Daulah Islam. Ini kerana, tidak ada ‘undang-undang’ yang perlu dibuat (atau diluluskan dengan suara majoriti) setiap tahun berhubung bajet negara. Bajet negara juga tidak perlu dibentangkan kepada Majlis Ummat (Majlis Syura) dan pendapat mereka juga tidak perlu diminta. Dalam sebuah negara demokrasi, persoalan bajet dengan segala rinciannya adalah satu perkara (yang mesti dijadikan) undang-undang. Ia perlu dijadikan undang-undang pada setiap tahun. Undang-undang dalam sistem demokrasi pula perlu digubal di Parlimen. Kerana itulah, bajet mestilah ‘dibentangkan’ (sebagaimana rang undang-undang lainnya) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan. Daulah Islam tidak memerlukan ini semua! Perbendaharaan dalam Daulah Khilafah wajib diatur berdasarkan hukum syarak yang diistinbat (digali) dari Al-Quran dan Sunnah, dan wajib dibelanjakan, juga berdasarkan hukum syarak yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini merupakan hukum syarak yang bersifat tetap dan manusia tidak dibenarkan mengatur sumber pendapatan dan perbelanjaan negara mengikut akal-akal mereka. Setiap kategori dalam bajet adalah bersifat ‘tetap’ kerana telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah kedudukan tentang bajet secara syarie-nya. Adapun tentang jumlah wang (amount) untuk setiap kategori, hal ini dikembalikan kepada pendapat dan ijtihad Khalifah selaku Ketua Negara. Ini kerana hal ini termasuk dalam masalah ri’ayah asy-sy’un (pengaturan urusan) negara yang mana syarak telah letakkan di bahu Khalifah untuk membuat keputusan yang beliau fikir terbaik, dan ketetapan Khalifah dalam hal ini adalah bersifat mengikat dan wajib dilaksanakan.

Amat jelas bahawa Islam tidak mengenal persoalan pembentangan bajet tahunan sebagaimana dalam sistem demokrasi sekarang, tidak kiralah dari aspek apa sekalipun. Justeru, langsung tidak timbul persoalan ‘penggubalan/pembentangan undang-undang’ dalam Daulah Khilafah kerana Khalifah adalah terikat dengan hukum syarak yang bersifat tetap di dalam mengatur pendapatan dan perbelanjaan negara. Khalifah mempunyai hak untuk menentukan jumlah peruntukan di dalam setiap kategori, dan dia berhak menetapkan berapa jumlahnya sekalipun tanpa terikat dengan batas waktu tertentu. Peruntukan akan dikeluarkan setiap kali rakyat atau negara memerlukannya, apatah lagi jika ia adalah untuk kemaslahatan umat dan dalam rangka meninggikan syiar-syiar Allah.

Bajet Kapitalis vs Bajet Islam

Baik secara umum mahupun secara rincinya, bajet yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana, hal ini tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ia adalah tertolak” [HR Muslim dan Ahmad].

Antara sebab dan nas-nas lain adalah:-

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim].

Sabda baginda yang lain,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Baginda juga bersabda,

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal].

Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.

Kedua: Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara pemilikan individu, pemilikan negara dan pemilikan umum. Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya. Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi Muslim yang lain), kecuali dengan kerelaan hatinya.”

Baginda juga bersabda,

“Harta setiap orang Islam, kehormatannya dan darahnya diharamkan bagi orang Islam yang lain” [HR Abu Dawud dan Ibnu Majah].

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah benarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang/pemerintah menghalangi orang lain dari menggunakannya, apatah lagi mengaut keuntungan darinya sepertimana yang dilakukan pemerintah saat ini.

Ketiga: Bajet Kapitalis yang dibentangkan ini juga tidak memasukkan zakat sebagai satu unsur yang sepatutnya dijadikan punca pendapatan Negara, walhal terdapat begitu banyak nas tentang kewajipan memungut zakat untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf. Dan zakat ini adalah salah satu dari pendapatan negara.

Ada pun di dalam Daulah Islam, salah satu struktur dalam pemerintahan Khilafah adalah Baitul Mal. Baitul Mal merupakan sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syarak, maka ia menjadi tanggungjawab Baitul Mal untuk menguruskannya. Baitul Mal berada di bawah pengawalan Khalifah secara langsung atau di bawah kawalan orang yang dilantik Khalifah untuk mengurusinya.. Dalil tentang kewujudan dan peranan Baitul Mal ini sudah cukup masyhur di dalam hadis dan juga Ijmak Sahabat. Dari segi pembahagian struktur Baitul Mal mengikut pendapatan dan perbelanjaan negara (berdasarkan hukum syarak), Baitul Mal dibahagikan kepada dua bahagian:

Pertama: Al-Waradat (Bahagian Kemasukan/Pendapatan) yang mempunyai 3 Diwan/seksyen yang terdiri dari:-

(i) Diwan Fai’ dan Kharaj (meliputi ghanimah, kharaj, jizyah, tanah-tanah, fai’ dan juga dharibah),

(ii) Diwan Pemilikan Umum (meliputi kemasukan/pendapatan dari petroleum, gas, elektrik, galian mineral, laut, sungai, hutan, padang gembalaan, hima dan sebagainya),

(iii) Diwan Zakat (meliputi zakat wang – emas dan perak, perdagangan, pertanian, ternakan dan lain-lain).

Kedua: An-Nafaqat (Bahagian Perbelanjaan) yang terdiri dari 8 Diwan iaitu”

(i) Diwan Dar al-Khilafah
(ii) Diwan Kemaslahatan Negara
(iii) Diwan Subsidi
(iv) Diwan Jihad
(v) Diwan Pengelolaan Zakat
(vi) Diwan Pengelolaan Pemilikan Umum
(vii) Diwan Keperluan Dharurat dan
(viii) Diwan Anggaran, Pengawalan dan Pengawasan Umum.

Sesungguhnya sistem dan hukum Islam tentang bajet jelas berbeza dengan sistem demokrasi. Setiap pendapatan dan perbelanjaan dalam Islam (yang disebut di atas) terdapat nas khusus yang membincangkannya secara terperinci [sila rujuk perbincangan lanjut di dalam kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam, Syeikh Taqiuddin an-Nabhani dan Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum]. Namun sayangnya pemerintah kita langsung tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah di dalam menyiapkan suatu bajet. Begitu juga para pembangkang yang tidak pernah mempertikaikan atau memuhasabah pemerintah di Parlimen bahawa bajet yang dibentangkan adalah bercanggah dengan hukum syarak.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah puluhan tahun kita menyaksikan, setiap kali bajet dibentangkan oleh Menteri Kewangan, yang biasanya juga adalah Perdana Menteri, setiap kali itulah para pengampu dari kalangan menteri-menteri atau kakitangan atau penyokong kerajaan memuji Perdana Menteri melangit. Media pengampu kerajaan juga sama halnya, memuji dan memuja Perdana Menteri dari hujung rambut sampai hujung kaki dan menghebahkan kepada rakyat bahawa inilah bajet terbaik yang merangkumi semua aspek. Setiap tahun setiap kali bajet dibentangkan, mereka akan mengatakan ‘inilah bajet terbaik...inilah bajet rakyat...’ dan sebagainya. Di sebalik bajet terbaik yang dikatakan untuk rakyat yang dibentangkan saban tahun, hakikatnya, saban tahun juga kita menyaksikan rakyat semakin menderita dan memberontak. Masalah kemiskinan tidak pernah dapat dihapuskan, bahkan ada kalanya semakin meningkat. Buktinya ada di depan mata, malah diakui sendiri oleh kerajaan. Dasar Ekonomi Baru contohnya diakui oleh kerajaan tidak pernah mencapai matlamat, bahkan masih terlalu jauh dari sasaran walaupun sudah berpuluh tahun dilaksanakan. Rakyat yang berpendapatan rendah masih menjadi golongan teramai, malah ada yang masih tidak terpenuhi keperluan asas mereka. Berita mengenai kemudahan awam yang terabai oleh kerajaan yang menjejaskan keselesaan hidup rakyat sering dipaparkan di media elektronik dan media cetak. Berita mengenai kemiskinan dan penderitaan rakyat juga sering tersiar. Aneh! Sungguh aneh! Saban tahun Perdana Menteri membentangkan bajet yang dikatakan ‘untuk rakyat’, hakikatnya rakyat tetap menderita dan sengsara, dan yang semakin kaya raya adalah golongan penguasa dan golongan Kapitalis raksasa. Justeru, salahkah kalau kita mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan setiap tahun bukanlah bajet untuk rakyat tetapi bajet yang dibentangkan oleh sang Kapitalis, dari Kapitalis untuk Kapitalis?