Wednesday, October 7, 2009

sangkaan....

Sangkaan tanpa bukti...merupakan fitnah...mengapa kita suka menyangka buruk terhadap orang lain..perlu kah kita menyangka buruk terhadap orang di sekeliling kita?sebenarnya sangka buruk merupakan sifat terkeji iaitu sifat hasad dengki, iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain.saya sendiri kadang-kadang tidak mampu lari darinya,luahan yang saya tulis bukanlah untuk mengajar tetapi sekadar luahan yang terbuku di dalam hati sebagai seorang insan untuk saling nasihat menasihati antara kita, supaya kehidupan kita lebih di redhaiNya. seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W yang maksudnya :-



Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)




Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.


SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.



Sangkaan buruk yang terdapat dalam masyarakat kita adalah rasa dengki atau cemburu dengan pencapaian dan kejayaan orang lain.Contohnya jika ada tugas yang disuruh oleh majikan dibuat dengan baik, ada saja suara yang keluar kononnya tugas yang dibuat itu atas jasa orang lain lah dan jika tugas yang dibuat itu gagal maka seronok bukan kepalang di sebabkan kegagalan orang yang di hasad dengkinya...adakah ini yang kita mahu dalam urusan kerja kita?sentisa membuat sangkaan yang tidak sepatutnya....tidak boleh ka hati kita bersifat lapang dada dengan selalu beristighfar jika ada sifat seperti itu....
bertepatan sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya :-

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Masih Mengharapkan OIC?

Ahad, 27 September 2009 13:09
OIC pentas tangkis tohmahan Barat - Tonjol imej Islam elak dituduh pelampau : Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bukan sekadar platform kerjasama di kalangan ummah tetapi juga pentas pertahanan bagi menangkis tohmahan yang mengaitkan Islam dengan kegiatan pelampau dan Islamofobia. Perdana Menteri berkata, tanggapan negatif dan penghinaan terhadap Islam yang semakin meluas itu bertambah buruk terutama terhadap umat Islam yang tinggal di negara Barat. Katanya, menjadi tanggungjawab ummah untuk menonjolkan imej Islam yang sebenar dengan menekankan nilai universal, pencapaian dan warisan yang kaya dalam agama suci itu yang mengajar umatnya bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. "Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan OIC ini, saya mengajak semua umat Islam di seluruh dunia memperbaharui ikrar kita dan bergerak bersama sebagai satu organisasi demi pencapaian dan kepentingan ummah. "Malaysia akan terus bekerjasama dengan OIC untuk menggalakkan keamanan dan keselamatan di dunia, terutama membabitkan isu berkaitan ummah," katanya dalam mesej khas ulang tahun ke-40 penubuhan OIC di sini, semalam. Najib berkata sebagai pertubuhan yang melindungi kepentingan umat Islam, ia aktif memainkan peranan dalam mempromosi kegiatan bagi mempertingkat kerjasama dan penyelarasan di kalangan 57 negara anggotanya yang mempunyai 1.5 bilion penduduk.
Bagaimanapun katanya, dunia hari ini berbeza berbanding 40 tahun penubuhannya, yang menempuh pelbagai cabaran bagi memastikan OIC terus kekal relevan dalam dunia globalisasi, teknologikal dan tanpa sempadan. "Anggotanya mesti bekerjasama, memaksimumkan segala sumber yang ada secara bersepadu untuk kepentingan dan manfaat ummah. OIC mesti mengenal pasti cabaran baru, era selepas 11 September," katanya. Perdana Menteri turut meminta negara anggota OIC supaya bersama-sama membantu menghapuskan kemiskinan yang masih membelenggu jutaan umat Islam di seluruh dunia. Malaysia sebagai anggota pengasas pertubuhan itu, katanya, turut memainkan peranan penting, tidak terhad mengenai isu politik semata-mata tetapi turut memberi perhatian kepada isu ekonomi dengan pendekatan yang praktikal. "Sehingga hari ini, kerajaan Malaysia tetap komited bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan menggalakkan dagangan di kalangan negara anggota OIC walaupun potensi dagangan pada masa ini berada pada tahap 16.7 peratus," katanya. Sumber :
Berita harian, 24/09/09


Masih Mengharapkan OIC?Apakah Najib sedang bermimpi di siang hari? Sudah 40 tahun OIC berdiri dan selama itu jugalah nasib umat Islam tidak berubah. Hari ini kita dapat menyaksikan darah umat Islam terus ditumpahkan oleh AS, Israel, NATO dan sekutu-sekutunya dipelbagai wilayah umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh OIC? Jika ada kejadian yang menimpa umat Islam seperti serangan Israel ke atas umat Islam di Palestine contohnya, maka para pemimpin OIC yang bacul dan penakut ini hanya akan mengadakan sidang tergempar, mengeluarkan resolusi, mengeluarkan kutukan dan kecaman. Selepas itu mereka akan kembali ke istana-istana mewah mereka, tertipu dengan helah dunia yang menipu. Amat hina apa yang dilakukan oleh para pemimpin OIC ini sebenarnya. Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa kewujudan OIC itu hakikatnya adalah mangkin yang memecah belahkan umat Islam yang dipisah-pisahkan kepada banyak negara-negara ashobiyyah. Sekiranya ada isu yang berlaku di dunia umat Islam seperti di Iraq dan yang seumpamanya maka para pemimpin sekular OIC ini akan mula menyibukkan diri mereka bagi menggambarkan seolah-olah mereka begitu prihatian terhadap nasib umat Islam tetapi hakikatnya mereka hanya akan mengeluarkan resolusi dan selepas itu mereka tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tidak berani bertindak terhadap musuh umat Islam kerana mereka sebenarnya adalah boneka kepada musuh Islam itu sendiri. Para pemimpin OIC ini adalah seperti musang berbulu ayam. Mereka berperwatakan seolah-olah menjaga kepentingan umat Islam namun setiap tindakan yang mereka ambil, mereka akan pastikan agar tuan mereka (AS dan Barat) tidak terusik kepentingannya. Umat Islam akan terus ditimba musibah jika terus mengharapkan OIC. Oleh kerana itu wahai umat Islam, apa yang kalian perlukan adalah seorang Khalifah dan bukannya OIC bagi menangkis tohmahan Barat. Wahai Najib, fikirkanlah!!!

Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim

Soalan: Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?


Jawapan:Pertama, perlu diketahui bahawa memutuskan hubungan ataupun memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim merupakan hukum syarak yang dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tertentu yang terjadi dalam hubungan sesama Muslim. Hukum ini tiada kaitannya dengan persoalan takfir (mengkafirkan) seseorang Muslim. Dalam erti kata lain, orang yang diboikot tidak jatuh kafir. Sebaliknya dia kekal Muslim, cuma disebabkan oleh tindakan tertentu yang dilakukannya, maka hukum muqatha’ah itu dikenakan terhadapnya.Dalam konteks inilah Ibn Bathtal menyatakan bahawa Allah telah mengatur hukum-hukum yang mengandungi kemaslahatan bagi hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui tentang urusanNya, maka manusia harus tunduk kepada perintahNya dalam urusan tersebut. .[1]Kedua, terdapat hadis yang melarang perbuatan memutuskan hubungan (muqata’ah) dengan sesama Muslim, antara lain sabda baginda sallallahu ‘alaihi wassalam:لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَياَلٍ (رواه البخاري)“Tidaklah halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya lebih dari tiga malam.” (HR Bukhari)Maksud ‘an yahjura’ atau ‘masdar-nya hajr’ adalah lawan kepada perkataan ‘wasl’, atau memutuskan hubungan.[2] Secara harfiah (mantuq), hadis ini melarang seseorang Muslim daripada memutuskan hubungan sesama Muslim lebih daripada tiga hari. Daripada hadis ini juga diketahui bahawa berdasarkan mafhum mukhalafah, bahawa memutus hubungan sesama Muslim dibolehkan kurang daripada tiga hari. [3]Sungguhpun demikian, larangan tersebut dikecualikan terhadap orang yang melakukan maksiat. Dalam kitab Fath al-Bari: Syarh Sahih al-Bukhari, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam bab: Ma Yajuzu min al-Hijran liman ‘Asa (Memutus Hubungan yang Diperbolehkan terhadap Orang yang Bermaksiat) menyatakan: Dengan penjelasan ini, beliau (al-Bukhari) ingin menjelaskan hukum memutuskan hubungan yang diperbolehkan. Kerana umumnya, larangan tersebut sebenarnya hanya berlaku untuk orang yang diputuskan hubungannya tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Oleh itu, jelaslah bahawa dibenarkan memutuskan hubungan terhadap orang yang melakukan maksiat. [4]Ibnu al-Mulhib menyatakan bahawa memutuskan hubungan yang dibenarkan itu mempunyai kepelbagaian, sesuai dengan kadar kesalahannya. Bagi orang yang melakukan maksiat, maka dibolehkan untuk memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengannya, sebagaimana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua orang temannya (Murarah dan Hilal). Sekiranya marah terhadap keluarga atau kawan, boleh memutuskan hubungan dengan tidak menyebut nama atau bermasam muka, tetapi masih bercakap, memberi dan menjawab salam kepadanya. [5]Menurut at-Thabari, peristiwa yang terjadi terhadap Ka’ab bin Malik adalah dasar untuk memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat. [6] Dalam huraiannya, Ibnu Hajar mengulas kenyataan Abdullah bin Zubair, ketika dikenakan muqatha’ah oleh ‘Aishah, “ fainnahu la yahillu laha qathi’athi (Maka, tidak halal baginya untuk memutus hubungan kekeluargaan denganku), dengan menyatakan bahawa: Jika memutuskan hubungan denganku sebagai hukuman atas dosaku, maka ia pasti akan berpanjangan. Jika tidak, maka memutuskan hubungan secara berkekalan itu akan menyebabkan terputusnya silaturrahim. Menurut Ibnu Hajar, alasan ‘Aisyah berbuat demikian adalah kerana Abdullah bin Zubair yang masih merupakan anak saudaranya itu telah melakukan kesalahan yang besar. Menurutnya lagi, ‘Aisyah melakukan demikian kerana tindakan memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengan Abdullah bin Zubair itu memang dibolehkan, sebagaimana yang dilakukan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan dua orang temannya sebagai hukuman terhadap kemaksiatan mereka. [7]Oleh itu telah difahami oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum, termasuk ‘Aisyah dan Abdullah bin Zubair bahawa tindakan Nabi terhadap Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal itu bukanlah hanya hak ketua Negara semata-mata, sebaliknya tindakan muqatha’ah yang dilakukan oleh ‘Aisyah menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dilakukan oleh sesiapapun.Imam an-Nawawi juga menjelaskan bahawa hadis yang memerintahkan untuk memutuskan hubungan dengan ahli bidaah, orang fasik [8] dan para musuh Sunnah itu begitu banyak sekali dicatatkan. Jadi menurut beliau, perbuatan memutuskan hubungan secara berkekalan turut dibenarkan. Oleh itu, larangan memutuskan hubungan dengan kaum Muslimin lebih daripada tiga hari itu tidak meliputi ahli bidaah, orang fasik dan yang seumpama dengannnya. Para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sentiasa memutuskan hubungan dengan sesiapa sahaja yang melanggar sunnah atau orang yang rosak percakapannya (mafsadah).Ibnu ‘Abd al-Barr juga menyatakan perkara yang sama bahawa para ulama’ telah bersepakat, barangsiapa yang khuatir berbicara dengan seseorang, di mana dengan berbicara dengannya itu boleh menyebabkan rosak agamanya atau memudaratkan urusan dunianya, maka dia dibenarkan untuk memutuskan hubungan dengan orang tersebut. [9]Ketiga, apabila menyentuh berkenaan perbuatan memberi dan menjawab salam dalam konteks muqatha’ah, maka hukumnya dikembalikan kepada alasan mengapa dikenakan muqatha’ah tersebut. Jika alasannya bukan atas sebab maksiat, sebaliknya disebabkan oleh kerana marah terhadap keluarga atau teman, maka tetap diperintahkan untuk memberi dan menjawab salam. [10] Namun jika alasan muqatha’ah berpunca daripada perbuatan maksiat yang dilakukan, dan si pelaku itu jatuh sebagai seorang fasik, maka ketetapan memberi dan menjawab salam tidak diperintahkan. Dalam kitab Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Sayid Salih bin Ahmad al-Idrus menjelaskan: Salam kepada orang fasik, ahli bida’ah, dan pelaku dosa besar tidak disunahkan. Bahkan, tidak sepatutnya memberi dan menjawab salam mereka. [11] Imam as-Suyuthi juga menyatakan pandangan yan hampir sama. [12]Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh at-Thabari, dasarnya hendaklah dikembalikan kepada tindakan Nabi sallallahi ‘alaihi wassalam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum yang tidak memberi dan menjawab salam Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal. Inilah dalil dalam memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat [13]. Wallahu’alam________________________________________[1] Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah, Saudi, t.t., juz III, hal. 2671. [2] Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz V, hal. 250. [3] Imam an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz XVI, hal. 117. [4] Ibn Hajar al-Asqalani, Ibid, juz III, hal. 2671. [5] Ibid, juz III, hal. 2671. [6] Ibid, juz III, hal. 2671. [7] Ibid, juz III, hal. 2670-2671. [8] Tentang Ahli bidaah dan penyerang sunnah sudah jelas, maka tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi berkenaan orang fasik, penting untuk dijelaskan. Perkataan fasaqa, menurut Ibn Manzur, ertinya keluar dari kebenaran. Menurut istilah ahli fikih, fisq (masdar dari fasaqa), adalah tindakan melakukan dosa besar dengan sengaja, atau terus-menerus melakukan dosa kecil, yang tidak perlu ditakwilkan lagi. Tidak taat kepada amir adalah bentuk kemaksiatan yang disamakan dengan tidak mentaati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam (HR Ahmad, Ibn ‘Iwanah, Ibn Hibban dan Ibn Huzaimah). Dengan kata lain, tidak taat kepada amir merupakan dosa besar. Tindakan tidak taat kepada amir itu saja, menurut definisi fasik di atas, sudah cukup menjadikan pelakunya sebagai orang fasik, apatah lagi ketidaktaatan tersebut dilakukan dengan bangganya tanpa perasaan bersalah. Bahkan, kemudian menyebarkan fitnah bahawa amirnya bermaksiat. Bukan setakat itu, orang tersebut juga memprovokasi orang lain untuk melawan amirnya, sebagaimana yang dia lakukan. Maka, orang tersebut telah melakukan tiga dosa besar sekaligus: (1) Dosa tidak taat kepada amir; (2) Dosa memfitnah amir dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dia lakukan; (3) Dosa memprovokasi orang lain untuk melakukan tentangan terhadap amirnya. Terhadap orang seperti ini berlaku hukum muqatha’ah di atas, termasuk perintah untuk memeriksa semua informasi yang bersumber dari orang tersebut. Lihat, Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, juz X, hal. 308; Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 1996, hal. 315. [9] Lihat, Tanwir al-Hawalik, juz I, hal. 655. [10] Ibid, juz III, hal. 2671. [11] Al-‘Alim al-Usuli as-Sayid Shalih bin Ahmad al-‘Idrus, Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Mathba’ah ar-Rushaifah, Malanj, Indonesia, t.t., hal. 9. [12] Lihat, Syamsuddin ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj, t.t., juz XXVI, hal. 366. [13] Lihat, Ibn Hajar, Ibid, juz III, hal. 2671. Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id