Wednesday, October 7, 2009

sangkaan....

Sangkaan tanpa bukti...merupakan fitnah...mengapa kita suka menyangka buruk terhadap orang lain..perlu kah kita menyangka buruk terhadap orang di sekeliling kita?sebenarnya sangka buruk merupakan sifat terkeji iaitu sifat hasad dengki, iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain.saya sendiri kadang-kadang tidak mampu lari darinya,luahan yang saya tulis bukanlah untuk mengajar tetapi sekadar luahan yang terbuku di dalam hati sebagai seorang insan untuk saling nasihat menasihati antara kita, supaya kehidupan kita lebih di redhaiNya. seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W yang maksudnya :-



Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)




Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.


SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.



Sangkaan buruk yang terdapat dalam masyarakat kita adalah rasa dengki atau cemburu dengan pencapaian dan kejayaan orang lain.Contohnya jika ada tugas yang disuruh oleh majikan dibuat dengan baik, ada saja suara yang keluar kononnya tugas yang dibuat itu atas jasa orang lain lah dan jika tugas yang dibuat itu gagal maka seronok bukan kepalang di sebabkan kegagalan orang yang di hasad dengkinya...adakah ini yang kita mahu dalam urusan kerja kita?sentisa membuat sangkaan yang tidak sepatutnya....tidak boleh ka hati kita bersifat lapang dada dengan selalu beristighfar jika ada sifat seperti itu....
bertepatan sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya :-

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

No comments: